Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Friday, January 21, 2011




Kelab Pencegahan Jenayah di bawah unit HEM telah menjemput seorang penceramah iaitu Encik Mohd Fadli Izan bin Mat Min, Pegawai Kaunselor dari ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu bagi membincangkan tentang satu topik yang hangat diperkatakan iaitu Pelanggaran Disiplin di Kalangan Pelajar dan Implikasi Undang-Undang.

Menurut Setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah iaitu Puan Jahani binti Muda, tujuan diadakan program ini adalah untuk memperkenalkan Kelab Pencegahan Jenayah kepada pelajar kerana kelab tersebur baru diperkenalkan.

Menurut beliau lagi kelab ini akan bermula lebih awal lagi dan memberi pendedahan kepada pelajar. Disamping itu juga tujuan yang lain ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang salah laku serta pendedahan implikasi terhadap undang-undang yang mungkin selama ini sebahagia dari pelajar mungkin tidak mengetahui tentang akibat dari sudut undang-undang.

0 Comments:

Post a Comment