Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Friday, February 11, 2011

Kem ini telah diadakan pada 10hb Feb dan berakhir pada 12hb Feb 2011 bertempat di Kem Pasukan Simpanan Tentera Laut ( PSTL ) Chendering, Kuala Terengganu. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Displin & Pengurusan MPP dan Unit Bimbingan & Kaunseling.

Tujuan diadakan Kem ini adalah untuk memperkasakan pemimpin pelajar dari segi aspek kepimpinan, ketrampilan dan sahsiah diri. Semoga program ini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai gaya kepimpinan yang berwibawa bersesuaian dengan nama Ulul Albab.


Galeri gambar

10hb Feb 2011 merupakan tarikh yang penting bagi SM Imtiaz YT Kuala Terengganu apabila seorang pelajar sekolah ini telah berjaya menduduki tempat yang ke 14 dalam acara larian merentas desa kategori L 15 yang dianjurkan oleh JPN Zon KTS sekaligus melayakkan Zul Aiman dicalonkan untuk mewakili Zon KTS dalam acara tersebut.
Walaubagaimanapun, beliau terpaksa sekali lagi berentap untuk mencari kedudukan 8 peserta daripada 15 pencalonan yang akan diadakan dalam masa yang terdekat ini. Semoga beliau dapat mengharumkan nama sekolah.


Galeri gambar

Wednesday, February 9, 2011

Menurut Unit Pelarasan SEM iaitu Cikgu Rohani bt Osman, SEM telah dimulakan pada tahun 2006 lagi. SEM ini sepatutnya dilaksanakan secara menyeluruh menepati pada nama Schoolwide Enrichment Model .Beliau mengucapkan syukur kerana dari peringkat jabatan dan Imtiaz serta semua guru telah dimaklumkan pengertian SEM yang sebenar dan ia merupakan satu platform untuk melaksanakan kriteria ataupun ciri yang telah ditetapkan bagi menghasilkan pelajar-pelajar Ulul Albab yang bercirikan ijtihadik.

SEM sebagai satu pendekatan yang menepati untuk melatih pelajar-pelajar kearah ciri-ciri tersebut.

Belaiu berkata, pada hari ini pihak sekolah telah melancarkan untuk pelajar-pelajar menggunakan minat dan bakat mereka untuk mencipta sesuatu yang inovasi dan kreatif dan diberi tempoh selama 3 bulan dan di akhir bulan Mei nanti akan diadakan pameran SEM iaitu mereka akan diberi peluang untuk menunjuk segala produk dan ciptaan masing-masing diperingkat sekolah dan untuk memilih wakil dikalangan mereka untuk dihantar ke peringkat yang lebih tinggi iaitu diperingat sekolah-sekolah Menengah Imtiaz dan juga diperingkat Negeri yang akan diadakan di Terengganu Trade Center.

Galeri gambar




Majlis ini telah diadakan pada 8 Februari 2011 yang dihadiri dari lima buah sekolah imtiaz iaitu SM Imtiaz YT Besut, SM Imtiaz YT Dungun, SM Imtiaz YT Kemaman, SM Imtiaz YT K.Brang dan SM Imtiaz YT K.Trg.

Seramai 144 guru SABK SM Imtiaz Yayasan Terengganu hadir. Turut hadir ialah semua pengetua Imtiaz.Majlis ini dimulakan pada jam 2.30 petang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz iaitu Encik Mazlan b Che Wil telah berucap dan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir kerana masih berada di sekolah masing-masing untuk mendidik anak-anak pelajar.

Monday, February 7, 2011

MISBAHA


Misbaha atau nama sebenar beliau,Haji Mohd Salleh b. Haji Awang telah dilahirkan pada 28 Jun 1917 di Kampung Masjid,Kuala Terengganu. Misbaha sememangnya sinonim dengan bidang penulisan. Antara nama pena beliau ialah Misbaha,Hantu Golok dan Indera. Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Zainab setelahh isteri pertamanya meninggal dunia. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sk. Paya Bunga dan kemudian telah lulus tahun 6 di Grown Grammar School. Beliau akhirnya telah menamatkan zaman persekolahan

di SMASZA Ladang pada tahun 1936. Misbaha pernah menjawat jawatan sebagai AJK Ulama’ Terengganu dan penyemak berita di Warta Melayu. Jasa beliau jelas tergambar ketika beliau pernah Penguasa Persatuan Sejarah Malaysia (cawangan Terengganu) selain daripada AJK Muzium Negeri Terengganu. Beliau telah menulis lebih kurang 10 000 karya sepanjang hayat beliau dan diantaranya ialah Askar Melayu,Rahsia Rumah Biru,Aina Qatil(Di Manakah Pembunuh),Batu Bersurat Teengganu(tafsiran bacaan) dan banyak lagi. Beliau telah menyumbangkan pelbagai jasa dalam bidang pendidikan,sejarah dan nasionalisme. Misbaha telah mendapat penghargaan atas jasa bakti beliau daripada kerajaan Malaysia apabila beliau mendapat penghargaan sebagai Dato’ Seri Jasa pada 16 Mac 1989.Beliau akhirnya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari kebangsaan negarra,31 Ogos 1992,jam 9.30 malam di rumahnya iaitu Kampung Serada kerana sakit dada.

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia.Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.

Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).

Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.

Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru

bagi Kuala Terengganu. Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi yang telah dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.

Talian Untuk Dihubungi
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: + 609 627 8888 Faks: +609 630 9020.

Anda juga bleh hubungi Pejabat Tourism Malaysia Terengganu di talian +609-622 1433/ 1893.



Pasar Payang

Pasar Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.

Pelawat yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli barangan tempatan di sini pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah di sini

Tips
Sewaktu di sini, cubalah menjamu selera dengan hidangan tempatan istimewa - Keropok Lekor - keropok rangup yang dibuat dari campuran ikan dan tepung sagu. Keropok ini lazimnya dimakan bersama sos cili. Sungguh enak!

Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu

+609-622 1433 / 1893



Istana Maziah

Dibina dengan senibina Perancis, Istana DiRaja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi DiRaja atau majlis keraian rasmi negeri.Terletak di Bukit Puteri di Kuala Terengganu, istana ini menjadi kebangaan rakyat negeri Terengganu. Ia masih digunakan untuk acara rasmi seperti pertabalan Sultan Terengganu, perkahwinan, serta meraikan kenamaan rasmi kerajaan negeri.

Istana Maziah sebenarnya dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang terbakar dahulu. Istana Hijau dibina sewaktu pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac, 1870.

Arkitek pembinaan Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Dia adalah saudara kepada Sultan Zainal Abidin III. Beberapa orang lain turut berjasa dalam menyediakan pelan dan menyiapkan Istana Maziah, iaitu Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Muhammad bin Abdul Rahim (Encik Mat), dan Dato’ Mata-Mata.

Bekalan kayu untuk membina istana datang dari Dungun dan diselia oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Bekalan batu-bata dan kapur pula diuruskan oleh Tengku Besar Paduka Indera.

Istana Maziah pada asalnya dibina dengan menggunakan campuran bahan binaan iaitu kapur, tanah liat, garam pasir, putih telur dan gula. Hampir 20 tukang kayu keturunan Melayu dan Cina bertanggungjawab dalam pembinaan Istana Maziah ketika itu.

Beberapa pengubahsuaian turut dilakukan sepanjang zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 -1942) dan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1945- 1979). Tambahan turut dibuat ke atas istana pada 1972 dan 1998.

Tips
Istana Maziah adalah kediaman rasmi Sultan Terengganu. Ia terletak di Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu.

Pengangkutan

17.5 Kilometre dari Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu.

Mengambil masa lebih kurang 20 minit

Ini adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini.

Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu.

Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam.

Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi.

Tips
Kaunter tiket terletak di Jeti Shahbandar, berhadapan Pejabat Pos Utama. Harga tiket ialah RM 5 seorang.

Pengangkutan

Mereka yang ingin memandu sendiri ke Muzium, harus mengambil laluan ke Kampung Losong yang terkenal dengan pembuatan keropok lekor. Muzium itu dapat dilihat di atas Bukit Losong.

Talian Untuk Dihubungi
Pejabat Tourism Malaysia Negeri Terengganu, Tingkat 5, Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar, 20300, Kuala Terengganu

Tel: +609-6221433 / 1893

Pengangkutan

Mengambil masa 19 minit dari Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu. Jaraknya adalah 13.4 km.




Koperasi Sekolah kini menawarkan pakej pelancongan menarik. Pelbagai destinasi ditawarkan.

PAKEJ 2HARI 1 MALAM

HARI PERTAMA

8.00 – 9.00 pg Pendaftaran Tamu

Persiapan Diri (check In)

10.30 pagi Taklimat Kump . & Minum Pagi

1.00 –2.15 ptg Makan Tengahari / Solat Zohor

2.30 ptg Majlis Perasmian

3.00 ptg Pengenalan Sekolah

Mengenali Hos & Pengenalan Tokoh

Ronda-ronda Sekolah

5.00 – 6.30 ptg Sukaneka

6.30 ptg Makan Malam

9.00 –10.30 mlm Kebudayaan

11.00 malam Minum Malam

HARI KEDUA

800 – 830 Taklimat Lawatan

9.00 – 10.00 Syahbandar –Menyusuri Sungai

Terengganu ke TTI

1030 – 12.00 Ke Taman Tamadun Islam (Masjid Kristal)

1.00 – 2.00 Makan Tengahari Solat Zohor

2.00 – 2.45 Perkampungan Keropok Losong

300 – 4.15 Membeli-belah diPasar Payang, Bazar

Warisan & Paya Keladi

4.30 – Ke Masjid Terapung _solat Asar

Penutup. Bersurai

1715 – 1830 Ke Dataran Syahbandar

Majlis Penutup

· Minum Petang


PAKEJ KETIGA (3 HARI 2 MALAM)

HARI PERTAMA

1100 - 1315 Pendaftaran Tamu

Majlis Pendaftaran

1330 - 1400 Makan Tengahari / Solat Zohor

1415 – 1630 Pengenalan Sekolah dan Hos

Ronda-ronda Sekolah

1630 – 1700 Solat Asar / Minum Petang

1715 – 1830 Melawat ke Syurga Tudung.

1845 – 1900 Makan Malam

2100 – 2300 Pengenalan Tokoh

HARI KEDUA

700 – 730 Senaman Qi Gong

730 – 830 Sarapan Pagi

830 – 930 Lawatan Ke Nor Alfa Batik

1000 – 1130 Membeli Belah Di Pasar Payang

1130 – 1200 Ke Taman Tamadun Islam (TTI) dengan

menaiki Bot Penambang/ Bas Bandar

Ronda-ronda TTI (Masjid Kristal)

Makan Tengahari / Solat Zohor

1430 – 1530 Melawat Muzium Negeri Terengganu

Singgah membeli keropok lekor.

1700 – 1800 Solat Asar / Minum Petang

2000 – 2300 Formal Dinner /Malam Kebudayaan

HARI KETIGA

700 – 730 Sarapan Pagi

730 – 800 Mengikuti Program Tasmi’ - Hafiz Al Quran

1015 – 1315 Sesi Bergambar

1330 – 1415 Solat Zohor /Makan Tengahari

1430 Majlis Penutup

KEISTIMEWAAN PAKEJ KAMI :

· HARGA BOLEH DIRUNDING…

MAKANAN DAN MINUMAN TRADISIONAL TGANU

CENDERAMATA TANDA KENANGAN

AKTIVITI MENYERONOKKAN

NIKMATI LOKASI KEINDAHAN DI NEGERI

TERENGGANU DARUL IMAN.




Untuk tempahan sila berhubung terus kepada :

CG.HERDAWATI MUDA / CIK AISHAH

KOPERASI KOSPINT BERHAD

SEK.MEN IMTIAZ K.TERENGGANU

SERADA, 20050 K.TERENGGANU

PHONE : 09-6195111

HP : 0199901724 (CG.HERDA)

HP :0139787614 (CG.AISHAH)


Sila KLIK DI SINI untuk melihat peta Negeri Terengganu.

Tempat Menarik sila KLIK DI SINI

Lokasi Menarik Pakej PKS

;;