Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Saturday, April 16, 2011

Ketibaan YB Haji Khazan bin Che Mat

Tuan Haji Al Hami Hussain ( tengah ) Sukarelawan Gaza

MPIBG SMIKTRG malam ini telah menganjurkan Majlis Makan Malam Amal Gaza di Hotel Permai Kuala Terengganu.

Majlis ini telah dihadiri oleh YB Haji Khazan bin Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu.

Turut hadir ialah YDP MPIBG SMIKTRG, Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Abu Bakar, Pengetua Sekolah, Puan Mardziah binti Che Abdullah, Jawatankuasa MPIBG SMIKTRG, Penolong-penolong Kanan Sekolah, guru serta penyumbang Amal Gaza.

Menurut Tuan Haji Mohd Zulkifli, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Sesungguhnya majlis ini amat besar ertinya dalam usaha MPIBG turut serta dalam keterlibatan memberi sokongan dan bantuan sekadar terdaya dalam membantu perjuangan rakyat Palestin yang tertindas.

Ceramah Gaza


Pihak Sekolah telah mengundang salah seorang dari sukarelawan yang ditawan oleh askar Israel dalam misi kemanusiaan ke Gaza dengan menaiki kapal Mavi Marmara iaitu Tuan Haji Al Hami Hussain dari Pulau Pinang.

Beliau banyak menceritakan kejadian yang menimpa rombongan ke Gaza. Pelajar begitu terharu dengan keberanian beliau dalam misi tersebut.

Marilah sama-sama mendoakan agar penduduk Palestin bebas dari cengkaman kejahatan Israel.

Friday, April 15, 2011

Anugerah Sekolah Cemerlang

Anugerah Akademik Terbaik

Dengan mengekalkan prestasi dalam bidang pengurusan serta pentadbiran, pencapaian baik dalam kokurikulum serta program hafazan yang gemilang dan kejayaan dalam peperiksaan PMR & SPM 2010 membolehkan Imtiaz K.Trg menggondol 2 anugerah sekali gus dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Imtiaz & Pelajar-Pelajar Cemerlangan SPM / STPM tahun 2010 yang telah diadakan di Wisma Darul Iman.

Anugerah pertama ialah Anugerah Pencapaian Terbaik Akademik Negeri Terengganu dan Anugerah Sekolah Cemerlang.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said kepada Pengetua Sekolah, Puan Mardziah binti Che Abdullah.

Sunday, April 10, 2011

Seramai 25 terdiri guru dan kakitangan Maktab Wan Jah telah mengunjungi Imtiaz K.Trg pagi ini. Rombongan ini diketuai oleh Pengetua Maktab iaitu Tuan Haji Md Ali bin Omar telah disambut meriah oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Akademik, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM, Ustaz Md Nor bin Yahya, Penolong Kanan Ko-Ku, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip, Penolong Kanan Ulul Albab serta Ketua Jabatan.

Rombongan ini telah diberi taklimat pengurusan serta melihat pelajar menghafaz Al-Quran.
Menurut Tuan Haji Md Ali, beliau begitu kagum dengan sistem pembelajaran serta pencapaian akademik SM Imtiaz K.Trg. Beliau berharap agar dapat berkongsi ilmu serta ramuan untuk berjaya dibidang akademik mahupun bidang-bidang yang lain.

Sila lihat gambar ( klik di sini )

;;