Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Wednesday, January 26, 2011


Program ini telah diadakan pada 22 Januari 2011 bertempat di Dewan Besar Imtiaz Kuala Terengganu. Menurut Ketua Jabatan Al-Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, ini bertujuan untuk menaikkan semula semangat pelajat tingkatan 2 hingga tingkatan 5 yang telah lama bercuti pada akhir tahun baru-baru ini.

Antara lain menurut beliau ialah untuk membangkitkan dan meningkatkan lagi kesungguhan pelajar dalam menghafaz dan murajaah Al-Quran serta membuka minda dan minat kepada pelajar tingkatan 1 yang baru mengenali Imtiaz dan Quran.

Dismaping itu juga untuk menanam rasa minat membaca Al-Quran sebagai amalan wajib harian.

Dalam program tersebut, pihak sekolah telah mengundang seorang pakar motivasi iaitu Encik Mohd Mizan bagi mengendalikan program tersebut.Ternyata begitu berkesan apabila ramai pelajar yang mengeluarkan air mata setelah diberi pendedahan mengenai ketaatan kepada ibubapa serta Al-Quran.

Sila Klik untuk melihat gambar

0 Comments:

Post a Comment