Sempena menyambut Maulidur Rasul, satu majlis ceramah telah diadakan pada 21 Feb 2011 jam 3.30 petang di Dewan As Syatibi SM Imtiaz YT Kuala Terengganu.
Pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah iaitu Yang Berbahagia Ustaz Fauzi bin Yusof seorang Pensyarah di UNISZA untuk membicarakan satu topik yang agak istimewa iaitu Cinta Nabi.
Semua pelajar dan guru hadir bagi mendengar ceramah tersebut. Turut kelihatan ialah kakitangan sekolah.
Diharap semua pelajar mahupun guru & kakitangan dapat mengambil pengiktibaran tentang kesabaran dan ketabahan Rasulullah dalam menyampaikan dakwah kepada manusia.
Galeri gambar
Labels: ceramah, maulidur rasul
Pihak Sekolah telah menghantar satu pasukan untuk menyertai perarakan Maulidur Rasul di Dataran Shah Bandar. Sebanyak 109 kontinjen telah berkumpul di sini.
Bagi kategori Sekolah dan IPTA & IPTS, sebanyak 33 kontinjen. Johan akan menerima RM 2000 dan sijil, naib johan RM 1500 dan sijil dan tempat ketiga akan menerima RM 1000 beserta sijil.
Walaupun sekolah ini gagal mendapat kedudukan tersebut, namun semangat yang ditunjukkan oleh pasukan sekolah amat menggembirakan semua guru pengiring. Sikap berpasukan yang penuh bergaya itu sudah cukup menggambarkan bahawa pasukan sekolah mampu mengatasi dan memperbaiki kedudukan pada masa akan datang.
Tahniah diucapkan kepada mereka.
Berikut adalah keputusan penuh pertandingan perarakan sempena Maulidur Rasul 1432 Hijrah.
Kategori Jabatan Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.
Johan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
N. Johan Yayasan Islam Terengganu
Ketiga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Kategori Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun
Johan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
N. Johan Jabatan Hasil Negeri Terengganu
Ketiga Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Kategori Sekolah Menengah dan IPTA&IPTS
Johan Sekolah Men. Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk
N. Johan Sekolah Men. Kebanggsan Dato' Razali Ismail
Ketiga Sekolah Men. Agama Sheikh Abdul Malek
Klip Video
Kontinjen SM Imtiaz YT K.Trg & SMAASZA
Kontinjen SMKA Sheikh Abd Malek
Kontinjen Akademi Bomba Wakaf Tapai
Galeri gambar
Labels: maulidur rasul, perarakan