Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Saturday, January 29, 2011


Majlis ini telah di adakan pada 29 Januari 2011 bertempat di Dewan Sivik Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu.
Pihak Sekolah telah mengundang beberapa pemimpin masyarakat kampung untuk sama-sama memeriahkan program yang pertama kali diadakan.

Antara tujuan program ini diadakan adalah :

1. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.
2. Mendidik pelajar-pelajar supaya prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
3. Mewujudkan komuniti yang saling berhubungan antara komuniti dan pelajar melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
4. Mewujudkan jaringan hubungan dalam melaksanakan program secara bersepadu bersama komuniti.
5. Mewar-warkan kepada masyarakat bahawa Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu merupakan sekolah yang berkonsep komuniti.
6. Merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan masyarakat setempat.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Abu Bakar, YDP MPIBG SM Imtiaz YT KT.

Kuliah Kerohanian


Terdiri dari pelajar PMR yang terpilih. Turut serta ialah guru yang terlibat. Ketibaan mereka telah disambut mesra oleh Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani serta kaunselor sekolah serta guru lain.

Friday, January 28, 2011

Taklimat SKPM


Taklimat ini telah diadakan pada 25 Januari 2011, bertempat di Bilik Mesyuarat. Pihak sekolah telah menjemput Encik Nayan untuk memberikan taklimat tersebut. Hadir sama dalam taklimat ialah Puan Pengetua, Semua Penolong Kanan serta semua guru.

Wednesday, January 26, 2011

Program ini telah diadakan pada 26 Januari 2011 bertempat di SM Imtiaz Dungun. Seramai 40 pelajar mewakili setiap sekolah masing-masing.

Majlis penghargaan sempena Minggu Silaturrahim pelajar tingkatan 1 2011 sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu merupakan program pertama yang akan mempertemukan pelajar-pelajar tingkatan satu dari seluruh imtiaz.

Program ini dapat mewujudkan budaya persaingan secara sihat dalam kalangan pelajar. Pada majis tersebut, anugerah kepada pelajar yang cemerlang telah diberikan berdasarkan Minggu Silaturrahim yang telah dijalankan di sekolah masing-masing bermula 10 Januari 2011 hingga 20 Januari 2011.

Majlis ini telah dirasmikan penutupannya oleh KPP Bahagian Pengurusan imtiaz iaitu Encik Mazlan bin Che Wil yang mewakili Pengarah Yayasan Terengganu.


Program ini telah diadakan pada 22 Januari 2011 bertempat di Dewan Besar Imtiaz Kuala Terengganu. Menurut Ketua Jabatan Al-Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, ini bertujuan untuk menaikkan semula semangat pelajat tingkatan 2 hingga tingkatan 5 yang telah lama bercuti pada akhir tahun baru-baru ini.

Antara lain menurut beliau ialah untuk membangkitkan dan meningkatkan lagi kesungguhan pelajar dalam menghafaz dan murajaah Al-Quran serta membuka minda dan minat kepada pelajar tingkatan 1 yang baru mengenali Imtiaz dan Quran.

Dismaping itu juga untuk menanam rasa minat membaca Al-Quran sebagai amalan wajib harian.

Dalam program tersebut, pihak sekolah telah mengundang seorang pakar motivasi iaitu Encik Mohd Mizan bagi mengendalikan program tersebut.Ternyata begitu berkesan apabila ramai pelajar yang mengeluarkan air mata setelah diberi pendedahan mengenai ketaatan kepada ibubapa serta Al-Quran.

Sila Klik untuk melihat gambar

;;