Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Friday, January 21, 2011




Kelab Pencegahan Jenayah di bawah unit HEM telah menjemput seorang penceramah iaitu Encik Mohd Fadli Izan bin Mat Min, Pegawai Kaunselor dari ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu bagi membincangkan tentang satu topik yang hangat diperkatakan iaitu Pelanggaran Disiplin di Kalangan Pelajar dan Implikasi Undang-Undang.

Menurut Setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah iaitu Puan Jahani binti Muda, tujuan diadakan program ini adalah untuk memperkenalkan Kelab Pencegahan Jenayah kepada pelajar kerana kelab tersebur baru diperkenalkan.

Menurut beliau lagi kelab ini akan bermula lebih awal lagi dan memberi pendedahan kepada pelajar. Disamping itu juga tujuan yang lain ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang salah laku serta pendedahan implikasi terhadap undang-undang yang mungkin selama ini sebahagia dari pelajar mungkin tidak mengetahui tentang akibat dari sudut undang-undang.

Program Halaqah 2011


Program ini telah dibuat pada malam jumaat minggu pelajar tidak pulang ke kampung. Menurut Penyelaras Program Usrah, YM Ustaz Syed Sheikh Tuan Syed, tujuan diadakan program halaqah ini adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan warga Imtiaz serta untuk membentuk akhlak berdasarkan kumpulan-kumpulan yang diberi.
Dengan adanya program ini, semua guru yang terlibat dapat memantau pergerakan pelajar dengan mudah seperti pelajaran, akhlak dan sebagainya.

Pihak pengurusan akan melantik beberapa halaqah yang terdiri dari 10 hingga 12 pelajar satu halaqah dibantu Naqib dan pembantu Naqib. Menurutnya lagi, teks usrah mengandungi hadis, tafsir serta akhlak dan sirah bergantung kepada tahap pelajar.Naqib dan naqibah ini akan dipimpin oleh beberapa orang guru untuk disampaikan kepada halaqah masing-masing.

Sebulan sekali akan diadakan usrah berbentuk umum samada berbentuk tayangan multimedia, khemah ibadah.


Dokumentasi Bergambar KLIK di sini

Program Halaqah





Mahabbatul Islamiah


Program ini telah di adakan pada 19 Januari 2001 yang dikendalikan oleh Pengawas Asrama. Menurut Ketua Pengawas Asrama, Adik Hafizuddin Zamri, pelajar tingkatan 5, Tujuan diadakan program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan pelajar senior dan junior, disamping itu dapat memantapkan pengetahuan tentang cara-cara kehidupan di asrama sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam yang lebih mencabar di masa hadapan yang telah dididik dengan 3'A' iaitu Al-Quran, Akhlak dan Akademik.Insyaalah anak-anak Imtiaz akan melangkah keluar daripada sekolah ini nanti dengan MINDA KELAS PERTAMA.

Dokumentasi bergambar KLIK di sini








Thursday, January 20, 2011





TARIKH 10 -13 Mac 2010
PENGLIBATAN / ACARA Kejohanan MASMAT peringkat Akhir 2010
ANJURAN JHEAT
TEMPAT Sek.Men. Agama Sultan Zainal Abidin Batu Buruk Kuala Terengganu.
PENCAPAIAN Johan -Badminton SMR
N.Johan –Badminton SMA
-Bola Jaring SMA
Tempat K 3 – Ping pong SMA(L)
Badminton SMA (P)

TARIKH 23 Mac 2010
PENGLIBATAN / ACARA Pertandingan Bowling
ANJURAN MSSDKT(S)
TEMPAT TER, Kuala Ibai
PENCAPAIAN Tempat Ketiga

TARIKH 28-31 Mac 2010
PENGLIBATAN / ACARA Pertandingan Bola Jaring
ANJURAN MSSDKT(S)
TEMPAT SMK Chendering
PENCAPAIAN Naib Johan Bawah 18
Naib Johan Bawah 15

21-23 Mac 2010
Pertandingan Bola Sepak
MSSDKT(S)
SMK Bukit Besar
Naib Johan Bawah 18


25-29 April 2010
Pertandingan Badminton (L&P)
MSSDKT(S)
Gelanggang Bukit Besar
-Tempat Ketiga Kategori Beregu Lelaki Bawah 15
-Tempat Ketiga Kategori Single Perempuan Bawah 15 (2 orang)


9-15 Mei 2010
Pertandingan Bola Jaring
MSSD
SMK Pengkalan Berangan
Johan (3 orang pelajar mewakili)


22 – 24 April 2010
Perkhemahan Badan Beruniform & Pertandingan Kawad Kaki
Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Trg
KEM Bari Setiu
Johan Keseluruhan

26Jun-2Julai 2010
Bola Jaring KESSUMA
Johan Kebangsaan

24-26 Jun 2010
Kawad Kaki KRS (Seorang Pelajar)
JPNT
Melaka
Johan

2 Julai 2010
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Daerah
JPNT
Sm.Teknik Lapangan Terbang Kuala Terengganu
Naib Johan – Kadet Bomba (L)
Pelatun Terbaik – Fatin Nadiah Bt Mustafa Kamal Dari Kadet Bomba (P)


21-23 Sep.2010
Pertandingan Mahrajan Peringkat Kebangsaan
JPNT
Perak
Johan – Peringkat Kebangsaan

26-29 Okt 2010
Pertandingan Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan. (KRS)
BPIKL
SBP Integrasi Sabak Bernam Selangor
Naib Johan – Peringkat Kebangsaan
(Pertandingan Malam
Kebudayaan)

7 Nov- 6 Dis 2010
Karnival Kokurikulum

Berkuda
Berenang
Robotik
Solarik
Avionik
TeakwanDo
Memanah
BPI YT
Sek Imtiz YYsan Trg
Naib Johan
Johan
Johan
K 3
Johan
Naib Johan
Johan

18 Feb 2010
Larian Imtiaz Sekm Yayasan Terengganu
BPIYT
SeK.IMTIAZ bESUT
Johan (P)- SMR
Naib Johan (L)- SMA


1-9 Disember2010
Program Homestay – Peringkat Antarabangsa
Angkasa
Jepun
Peringkat antarabangsa

PERINGKAT SEKOLAH

Januari
Taklimat Pelajar Tingkatan 1 –Persatuan/Kelab/Badan beruniform
Mesyuarat Agong Persatuan/Kelab/Badan Beruniform
Dewan Sekolah
Aktiviti berjalan dengan lancar
-40 pelajar terbaik SMA&SMR menjadi peserta Larian IMTIAZ Peringkat Negeri


8 Februari 2010
Larian Imtiaz Peringkat Sekolah


Mac
Latihan MASMAT
Sekolah
Akitiviti berjalan dengan baik dan lancar

24-26 Jun 2010
Perkhemahan Tahunan & Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform
Sekolah
Aktiviti berjalan lancar
Semua pelajar mengambil bahagian


Jun – Sep 2010
Pertandingan Firqah
Sekolah
Aktiviti berjalan lancar


Setiap Petang Rabu
Kelab Seni Sila
BPI YT
Aktiviti berjalan lancar
_Mengadakan persembahan majlis pemutup Karnival Kokurikulum
-Menyertai pertandingan peringkat negeri


Setiap Petang Ahad
Latihan TeakwanDo
N. Johan –(Berkumpulan)

Setiap Petang Selasa
Aktiviti Persatuan/Kelab
SEK
Berlancar dengan lancer
-Mesyuarat Agong 2x setahun
-Pertandingan Dalaman
-Menyertai pertandingan peringkat negeri


Disediakan Oleh :


( MD NOR BIN YAHYA )
Penolong Kanan Kokurikulum,
SM imtiaz YT Kuala Terengganu.

Wednesday, January 19, 2011

Falsafah Imtiaz

imtiaz

School of Excellence


I = Itqan(Kesungguhan)

m = Mahabbah (Kasih Sayang)

t = Takwa (Taat kepada Allah)

i = Istiqamah (Berterusan)

a = Akhlak (Budi Pekerti)

z = Za'amah (Kepimpinan)

Tuesday, January 18, 2011











Menurut Penolong Kanan Ko-kurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya, Tujuan mesyuarat agung diadakan adalah untuk memilih dikalangan pelajar bagi menduduki jawatankuasa Kelab & Persatuan.

Pihak sekolah juga akan mengedarkan Buku Kegiatan Ko-Kurikulum untuk setiap laporan dan juga untuk guru bagi melaksanakan setiap aktiviti.

Dalam buku tersebut mengandungi senarai perlantikan semua pelajar serta ahli jawatankuasa dan juga mencatat minit mesyuarat setiap kali diadakan.

Akhir sekali menurut beliau, buku berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah pada akhir tahun dalam keadaan sempurna.

Dokumentasi bergambar KLIK di sini

Monday, January 17, 2011

Majlis ini telah diadakan pada 16 Januari 2011.Menurut Penolong Kanan Ulul Al Bab, Ustaz Amin Faisal, tujuan utama melaksanakan projek tersebut adalah untuk mewar-warkan kepada warga imtiaz tentang apa yang telah dilaksanakan pada tahun lepas dan juga merancang untuk tahun 2011.Menurut beliau, sejak tahun 2006, peningkatan al-quran naik sedikit demi sedikit dan pada tahun lepas mampu melahirkan lebih 50 pelajar yang khatam 30 juzuk.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru Al-Quran yang telah bekerja bertungkus lumus. Tanpa mereka program al-quran tidak begitu mantap kerana dengan tenaga mereka mampu melahirkan pelajar yang khatam dan juga dapat memberi semangat kepada pelajar.

Ustaz Ridzuan bin Aziz selaku Ketua Jabatan Al-Quran telah membentangkan beberapa projek al-quran untuk tahun 2011. Antara perancangan yang akan dilaksanakan adalah ;

1.Projek Imam muda yang akan diadakan pada bulan Ramadhan
2.Mega Tasmi’ – Semua pelajar terlibat
3.Kelas Pemulihan Tajwid – Semua Pelajar yang lemah dalam bacaan
4.Kelas Bacaan Al-Quran
5.Kem Kecemerlangan Hafazan - Semua pelajar yang tidak mencapai tahap minimum tahunan
6.Kelas Kemahiran Tarannum – Semua pelajar yang khatam
7.Ujian Syafawi Al-Quran
8.Kem Al-Quran Gemilang – Untuk pelajar yang dijangka khatam pada tahun 2011
9.Program Hafzan Di Masjid Terpilih – Semua pelajar tingkatan 1 & 3
10.Program meraikan pelajar khatam al-quran
11.Program Hafazan Pasca PMR
12.Program Ujian Hafazan Al-Quran
13.Lawatan Pelajar – terdiri dari pelajar yang cemerlang dalam hafazan
14.Temu Murni Al-Quran – Semua pelajar dan ibubapa serta guru tasmi’
15.Jaulah Tokoh Al-Quran – pelajar yang terpilih sahaja
16.Mubaligh Muda – pelajar yang terpilih untuk memberikan tazkirah maghrib yang akan dijalankan dimasjid serta surau disekitar sekolah
17.Program Khutbah,ceramah serta forum – pelajar yang khatam
18.Kem Hafazan Al-Quran – bagi pelajar yang lemah
19.Homestay di Baabus Salam,Bandung – pelajar yang terpilih seramai 5 orang terutama pelajar yang khtam al-quran serta sumbangan yang diberikan kepada sekolah.
20.Kelas Tahsin Al-Quran – pelajar yang mahir membaca Al-Quran
21.Kelas Tafsir Al-Quran – di adakan selepas maghrib oleh guru tasmi’
22.Program Tahsin AlFatihah – Semua warga Imtiaz

Semasa melancarkan Projek Al-Quran, puan pengetua mengucapkan tahniah kepada unit pengurusan Al-Quran yang telah berjaya mengadakan majlis tersebut.

Beliau menegaskan bahawa Al-Quran adalah sangat utama dalam program sekolah.Ini kerana kelainan Imtiaz hanyalah pada Al-Quran.Sesiapa yang datang ke Imtiaz tidak dengan niat untuk Al-Quran, mereka tidak akan dapat bertahan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang mendorong anak-anak pelajar yang bukan sahaja mahu cemerlang dalam bidang akademik tetapi cemerlang juga dalam bidang Al-Quran

Mudah-mudahan apa yang yang pelajar yang dapat hari ini menjadi bekalan hidup pada masa akan datang.Beliau berharap agar semua pelajar dapat menjaga hafalan agar jangan sampai terlupa.Sepanjang berada di Imtiaz , gunakanlah sepenuh peluang untuk menghayati Al-Quran dengan ciri-ciri Quranik.

Dokumentasi bergambar KLIK di sini







;;