Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah dan syabas kepada SM Imtiaz K.Trg kerana berjaya menduduki tempat kedua daripada 136 buah sekolah di Negeri Terengganu dalam keputusan SPM 2010 yang diumumkan pada hari ini.

Berikut adalah kedudukan 11 buah sekolah yang terbaik

1. Sester
2. Imtiaz Kuala Terengganu
3. SMAASZA Batu Buruk
4. Imtiaz Dungun
5. SBPI Batu Rakit
6. SM Sains Dungun
7. SM Sultan Mahmud
8. SM Mak Lagam
9. SM Sheikh Abdul Malek
10. SM Tg Mahmud
11. Imtiaz Kuala Berang

Majlis ini telah diadakan selepas waktu Solat Zohor di surau Sekolah yang telah diimamkan oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal iaitu Penolong Kanan Ulul Albab.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua pelajar dan guru. Menurut Pengetua sekolah, majlis ini diadakan adalah memohon doa selamat dan kesejahteraan semua guru, kakitangan, pelajar serta warga sekolah.

Galeri gambar

Generasi Ulul Albab pertama sekolah ini telah mendapat 100 peratus lulus apabila seramai 51 orang calon SPM 2010 berjaya menduduki tempat kedua peringkat Negeri Terengganu.

Puan Pengetua, Ustazah Mardziah bt Che Abdullah melahirkan rasa syukur kerana sekolah ini mendapat kedudukan tersebut di belakang Sekolah Sains Terengganu ( SESTER ), Pasir Panjang.

Penolong Kanan Akademik, Ustazah Faidahnam telah mengumumkan lapan pelajar terbaik yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran.

Berikut adalah calon Semua A

Amirul Husaini b Bujang 10A+ 1A 1A-

Shahirah Adilla bt Mohd Solehuddin 5A 4A 2A-

Mohd Khairul Nazrin b Abdul Nashir 7A+ 4A

Nik Mohd Amirul Syareff 4A+ 4A 3A-

Abdullah Naim 1A+ 4A 6A-

Nor Dalila bt Ahmad Sobri 3A+ 4A- 4A

Mohamad Aman 7A+ 4A

Ahmad Bunyamin 5A+ 2A- 4A

Tahniah dan Syabas!!!!

Galeri gambar

;;