Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Friday, January 21, 2011

Program Halaqah 2011


Program ini telah dibuat pada malam jumaat minggu pelajar tidak pulang ke kampung. Menurut Penyelaras Program Usrah, YM Ustaz Syed Sheikh Tuan Syed, tujuan diadakan program halaqah ini adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan warga Imtiaz serta untuk membentuk akhlak berdasarkan kumpulan-kumpulan yang diberi.
Dengan adanya program ini, semua guru yang terlibat dapat memantau pergerakan pelajar dengan mudah seperti pelajaran, akhlak dan sebagainya.

Pihak pengurusan akan melantik beberapa halaqah yang terdiri dari 10 hingga 12 pelajar satu halaqah dibantu Naqib dan pembantu Naqib. Menurutnya lagi, teks usrah mengandungi hadis, tafsir serta akhlak dan sirah bergantung kepada tahap pelajar.Naqib dan naqibah ini akan dipimpin oleh beberapa orang guru untuk disampaikan kepada halaqah masing-masing.

Sebulan sekali akan diadakan usrah berbentuk umum samada berbentuk tayangan multimedia, khemah ibadah.


Dokumentasi Bergambar KLIK di sini

0 Comments:

Post a Comment