Hari ini bermulalah pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Sekolah & Asrama Peringkat Imtiaz anjuran Yayasan Terengganu bagi tahun 2011.
Sm Imtiaz YT Kuala Terengganu tidak ketinggalan dalam pertandingan ini. Seramai 5 buah sekolah yang terlibat iaitu Imtiaz Dungun, Imtiaz Besut, Imtiaz K.Berang, Imtiaz Kemaman dan Imtiaz Kuala Terengganu.
Antara penilaian yang diambil kira ialah :
1. Kawasan sekolah
a. Tandas
b. Pondok Bacaan
c. Bilik Darjah
d. Pusat Sumber Sekolah
e. Pejabat Sekolah
f. Makmal Sains
2. Kawasan Asrama
a. Tandas
b. Pondok Bacaan
c. Dorm/Bilik Asrama
d. Bilik Bacaan
e. Bilik Warden dan Pejabat Asrama
f. Dewan makan
g. Dapur Asrama
h. Surau
serta persekitaran yang lain.
Labels: imtiaz kuala terengganu
Serentak di seluruh Negara hari ini, larian 1 Murid 1 Sukan telah di adakan. SM Imtiaz K.Trg juga tidak ketinggalan bagi menyertai larian tersebut.
Sebelum larian dimulakan seawal jam 8 pagi tadi, puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah merasmikan Pelancaran tersebut bagi peringkat sekolah.
Semua guru dan pelajar sama-sama menyertai larian ini.
Labels: 1 murid 1 sukan, imtiaz kuala terengganu, larian
Program ini telah dijalankan sejak hari khamis lalu 30 Jun 2011 dan berakhir pada hari ini.
Perasmian penutup telah dilakukan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.
Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu merupakan salah satu daripada acara tahunan anjuran Unit Kokurikulum sekolah yang boleh dianggap sebagai simbol dan medan untuk menguji kemantapan kemahiran perkhemahan dan Kawad Kaki yang merupakan kemahiran asas bagi setiap badan beruniform yang ada di sekolah.
Salah satu objektif perkhemahan ini ialah melahirkan pelajar yang berdisiplin, berdaya saing dan berwawasan. Disamping itu menjana minda pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
Pada sebelah pagi tadi pihak Imtiaz K.Trg telah menerima lawatan dari SMA Khairiah Kuala Terengganu.
Mereka terdiri daripada Puan Pengetua, Penolong Kanan serta beberapa orang guru yang terlibat secara langsung dalam pengurusan Sekolah.
Kehadiran mereka ini telah disambut dengan penuh kemesraan oleh pengurusan Sekolah ini yang terdiri dari Puan Pengetua, Ustazah Mardziah bt Che Abdullah, Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal b Hj Uzip serta beberapa guru lain.
Tujuan kehadiran mereka adalah untuk melihat mengenai pengurusan sekolah ini bagi persiapan menghadapi penghakiman Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT ).
Puan Pengetua mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi Imtiaz Kuala Terengganu.
Labels: imtiaz kuala terengganu, lawatan
Seramai 80 orang pelajar dan guru dari SM Simpang Renggam Johor Bharu telah mengunjungi SM Imtiaz K.Trg. Mereka telah disambut mesra oleh Majlis Pengawas Sekolah serta beberapa orang guru .
Mereka kemudian telah dibawa melawat tempat pelajar menghafaz Al Quran di dewan Assyatibi dan di surau.
Mereka juga telah diberi penerangan oeh MPP tentang sistem pengurusan disiplin pelajar dan juga diberi peluang untuk soal jawab.
Galeri Gambar
Labels: imtiaz kuala terengganu, lawatan
Majlis sambutan Hari Guru peringkat Daerah Kuala Terengganu telah diadakan pada pagi tadi bertempat di SMK Dato' Razali bin Ismail.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.
Pada majlis tersebut, SM Imtiaz Kuala Terengganu telah dianugerahkan School Improvement Program kategori Sekolah Menengah.
Disamping itu juga seorang guru sekolah ini telah dianugerahkan GURU GEMILANG SEKOLAH MENENGAH bagi peringkat daerah Kuala Terengganu iaitu Cikgu Che Kadijah binti Abdullah.
Labels: imtiaz kuala terengganu
Majlis Penutup Program Khas Asasi Ulul Albab telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri di SM Imtiaz Kemaman hari ini. Beliau juga telah melancarkan Modul Kelas Maya.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah Yayasan Terengganu Tuan Haji Aziz bin Mamat, KPP Bahagian Imtiaz Terengganu Encik Mazlan bin Che Wil, Wakil PPD Daerah Dungun, Wakil PPD Daerah Kemaman, Semua Pengetua SM Imtiaz serta pegawai-pegawai Yayasan Terengganu dan semua Penolong Kanan.
Selepas merasmikan Majlis tersebut, beliau telah meluangkan masa untuk melihat Pameran SEM serta melawat Virtual Class.
Majlis tersebut telah dihidangkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dari SM Imtiaz Besut, Coral Speaking oleh SM Imtiaz Dungun serta Persembahan Nasyid dari SM Imtiaz Kuala Terengganu.
Galeri Gambar
Buat julung kalinya Yayasan Terengganu telah menganjurkan Karnival Idul Ilmi kali 1 bertempat di SM Imtiaz Dungun pada 17 dan 18 Jun 2011.
Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai karnival ini yang terdiri dari Imtiaz Besut, Imtiaz K.Brang, Imtiaz Kemaman, Imtiaz dungun, Imtiaz K.Trg, SMKA Tok Jiring dan SMKA Sheikh Abdul Malek.
Acara yang dipertandingkan ialah Tilawah, Hafazan, Berzanji, Forum, Khutbah dan Nasyid.
Imtiaz telah menghantar peserta dalam semua acara kecuali berzanji yang tewas di peringkat saringan.
Dengan berbekakan semangat yang diberikan oleh Puan Pengetua iaitu Ustazah Mardziah bt Che Abdullah, Imtiaz K.Trg akhirnya hampir menyapu bersih acara yang dipertandingkan itu.
Berikut adalah keputusan pertandingan yang melibatkan Imtiaz K.Trg.
Tilawah Menengah Atas Lelaki :
Ahmad Baihaki Lukman : Naib Johan
Tilawah Menengah Rendah Lelaki :
Mohd Alif Fahmi : Naib Johan
Tilawah Menengah Rendah Perempuan :
Siti Fatimah Zahrah Saufi : Johan
Hafazan Menengah Atas Lelaki :
Najib Solihin : Johan
Hafazan Menengah Atas Perempuan :
Kamariah bt Junus : Naib Johan
Hafazan Menengah Rendah Perempuan :
Nur Syazwani : Johan
Khutbah :
Mohd Hud Al Hashir : Johan
Nasyid Menengah Rendah Lelaki :
Naib Johan
Nasyid Menengah Rendah Perempuan :
Johan
New deals ini juga akan dinilai bagaimana seorang pengetua itu memimpin dan membawa sekolah mengikut hala tuju yang telah ditetapkan bermula daripada Visi dan Misi yang telah di persetujui bersama oleh sesebuah sekolah tersebut.Seawal jam 8 pagi seramai empat orang jemaah Nazir telah datang ke SM Imtiaz Kuala Terengganu untuk Penilain Sekolah ( New Deals )
Labels: imtiaz kuala terengganu, jemaah nazir, new deals
Gabungan Che Ku Saiful Azhar dengan Lagenda Badminton Sekolah Encik Ramli bin Abdullah gagal menyekat kemaraan pemain yang meningkat naik, Encik Saufi dan Encik Arif Omar dalam satu kejohanan acara beregu badminton Guru dan Kakitangan Imtiaz Kuala Terengganu yang di adakan pada 17 Mei 2011.
Sebanyak 9 pasukan telah menyertai kejohanan berprestij ini dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Dalam separuh akhir pertama, pasukan B yang dibarisi pemain berpengalaman Encik Hanafi berganding dengan Encik Mohd Fadhli tewas ditangan Pasukan F yang terdiri daripada lagenda badminton sekolah.
Dalam separuh akhir kedua pula, pasukan C telah ditewaskan oleh pasukan H dengan straight set.
Penentuan bagi tempat ketiga telah menyaksikan pasukan B memberi laluan mudah kepada pasukan C yang terdiri daripada Encik Din Azman dan Encik Mansor. Ini kerana Pemain yang dikatakan paling hebat di gelanggang iaitu Encik Din Azman telah mengalami kecederaan di buku lali apabila smash kencang dari Encik Hanafi tidak dapat diangkat oleh beliau lalu tergelincir. Walau bagaimanapun beliau meneruskan permainan dalam keadaan cedera.
Namun begitu dengan semangat setiakawan, pasukan B memberikan kemenangan mudah kepada pasukan C.
Dalam acara akhir, Pasukan F bertemu dengan pasukan H. Lagenda badminton, Encik Ramli dengan pukulan jumping smash telah memukau penonton yang menyaksikan pertandingan yang penuh debaran ini. Namun begitu ketenangan yang ditunjukkan oleh pasukan F berakhir dengan kemenangan.
Menurut Encik Wan Ahmad Kalmani yang merupakan salah seorang pemain yang gagal ke separuh akhir berkata, kekalahan Encik Ramli itu memberi impak yang besar kepada badminton sekolah dalam kejohanan badminton guru dan kakitangan sekolah.
Semua hadiah telah disampaikan kepada pemenang oleh Setiausaha Sukan Sekolah, Encik Zakaria bin Mohamad.
Bahan Bergambar
Labels: badminton, imtiaz kuala terengganu