Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Saturday, June 25, 2011

Menandatangani MOU bersama Jabatan Maritim Negeri Terengganu dan ANGKASA

Seramai 40 pelajar serta beberapa orang guru koperasi telah menaiki bot untuk menuju ke Pulau kapas dari jeti Marang lebih kurang jam 9 pagi tadi.

Tujuan lawatan ini adalah untuk membersihkan persekitaran pantai Pulau Kapas serta menandatangani MOU bersama Jabatan Maritim Negeri Terengganu dan juga dari ANGKASA.

Selain dari itu pelbagai aktiviti dijalankan sebagai mengisi jadual di sana.

Objektif program ini ialah untuk menerapkan nilai-nilai koperasi, SIDDIK, AMANAH, TELUS serta menzahirkannya ke dalam kehidupan bermasyarakat selain menanam sifat prihatin kepada masyarakat sekitar.
Galeri Gambar

Friday, June 24, 2011

Kursus Tamu ini telah diadakan jam 8 pagi tadi. Menurut Setiausaha Koperasi Sekolah, Cikgu Herdawati, tujuan sambutan HKS peringkat Negeri Terengganu selain memupuk cinta alam sekitar terutama di pulau-pulau perairan di Negeri Terengganu amnya.

Kerjasama penuh pihak ANGKASA, Jabatan Taman Laut Negeri Terengganu, Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar. Pihak HKS sekolah bersama 34 pelajar akan melawati pulau Kapas pada 25 jun ini seterusnya menyaksikan perjanjian MOU bersama Jabatan Taman Laut Negeri Terengganu.

Galeri gambar

Kelab Avionik


Aktiviti kelab Avionik telah dijalankan pada pagi tadi. Ahli kelab telah merekacipta kapal terbang dengan menggunakan polisterin tebal.

Thursday, June 23, 2011


Majlis sambutan Hari Guru peringkat Daerah Kuala Terengganu telah diadakan pada pagi tadi bertempat di SMK Dato' Razali bin Ismail.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.

Pada majlis tersebut, SM Imtiaz Kuala Terengganu telah dianugerahkan School Improvement Program kategori Sekolah Menengah.

Disamping itu juga seorang guru sekolah ini telah dianugerahkan GURU GEMILANG SEKOLAH MENENGAH bagi peringkat daerah Kuala Terengganu iaitu Cikgu Che Kadijah binti Abdullah.

Tahniah dan syabas!!


SM Imtiaz K.Trg telah menyertai Ujian Skim Hafazan Al Quran bagi pelajar sekolah yang diadakan di Perpustakaan Sekolah mulai jam 8.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Al Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, seramai 56 orang pelajar telah menyertai program tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ( JHEAT ).

Wednesday, June 22, 2011



Hari ini SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menyertai pameran Schoolwide Enrichment Model ( SEM ) bagi tahun 2011 bertempat di Terengganu Trade Center.

Majlis perasmian telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.

Sebanyak 24 buah sekolah telah menyertai pameran ini. Walaupun mendapat tempat ke 5 peringkat Negeri Terengganu dalam kategori Inovasi, pujian haruslah diberikan kepada pelajar-pelajar serta guru yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.

Tahniah dan Syabas untuk Imtiaz Kuala Terengganu

Tuesday, June 21, 2011


Sambutan tersebut telah disambut dengan penuh meriah apabila pelepasan burung merpati telah dilakukan oleh Puan pengetua, Penolong Kanan serta Setiausaha Koperasi Sekolah pagi tadi.

Perarakan masuk semua guru ke dewan dimulai dengan paluan kompang sekolah. Perasmian hari koperasi sekolah telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Terdahulu dari itu, pelbagai acara telah diadakan. Pertandingan melukis poster yang bertemakan 1 UNTUK SEMUA DAN SEMUA UNTUK 1 telah diadakan. Pertandingan ini disertai oleh pelajar tingkatan 1. Manakala acara padang pula, pertandingan bola sepak, sepak takraw dan bola tampar serta bola jaring telah disertai oleh pelajar tingkatan 2.

Acara sukaneka telah disertai oleh peajar tingkatan 3, 4 dan 5.

Galeri Gambar

Monday, June 20, 2011

Majlis Penutup Program Khas Asasi Ulul Albab telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri di SM Imtiaz Kemaman hari ini. Beliau juga telah melancarkan Modul Kelas Maya.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah Yayasan Terengganu Tuan Haji Aziz bin Mamat, KPP Bahagian Imtiaz Terengganu Encik Mazlan bin Che Wil, Wakil PPD Daerah Dungun, Wakil PPD Daerah Kemaman, Semua Pengetua SM Imtiaz serta pegawai-pegawai Yayasan Terengganu dan semua Penolong Kanan.

Selepas merasmikan Majlis tersebut, beliau telah meluangkan masa untuk melihat Pameran SEM serta melawat Virtual Class.

Majlis tersebut telah dihidangkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dari SM Imtiaz Besut, Coral Speaking oleh SM Imtiaz Dungun serta Persembahan Nasyid dari SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Galeri Gambar

Sunday, June 19, 2011


Buat julung kalinya Yayasan Terengganu telah menganjurkan Karnival Idul Ilmi kali 1 bertempat di SM Imtiaz Dungun pada 17 dan 18 Jun 2011.

Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai karnival ini yang terdiri dari Imtiaz Besut, Imtiaz K.Brang, Imtiaz Kemaman, Imtiaz dungun, Imtiaz K.Trg, SMKA Tok Jiring dan SMKA Sheikh Abdul Malek.

Acara yang dipertandingkan ialah Tilawah, Hafazan, Berzanji, Forum, Khutbah dan Nasyid.

Imtiaz telah menghantar peserta dalam semua acara kecuali berzanji yang tewas di peringkat saringan.

Dengan berbekakan semangat yang diberikan oleh Puan Pengetua iaitu Ustazah Mardziah bt Che Abdullah, Imtiaz K.Trg akhirnya hampir menyapu bersih acara yang dipertandingkan itu.

Berikut adalah keputusan pertandingan yang melibatkan Imtiaz K.Trg.

Tilawah Menengah Atas Lelaki :
Ahmad Baihaki Lukman : Naib Johan

Tilawah Menengah Rendah Lelaki :
Mohd Alif Fahmi : Naib Johan

Tilawah Menengah Rendah Perempuan :
Siti Fatimah Zahrah Saufi : Johan

Hafazan Menengah Atas Lelaki :
Najib Solihin : Johan

Hafazan Menengah Atas Perempuan :
Kamariah bt Junus : Naib Johan

Hafazan Menengah Rendah Perempuan :
Nur Syazwani : Johan

Khutbah :
Mohd Hud Al Hashir : Johan

Nasyid Menengah Rendah Lelaki :
Naib Johan

Nasyid Menengah Rendah Perempuan :
Johan

TAHNIAH DAN SYABAS UNTUKMU WAHAI IMTIAZ K.TRG

;;