Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Saturday, February 19, 2011


Buat julung kalinya, pihak sekolah bersama MPIBG telah berjaya mengadakan Larian Amal Imtiaz sempena mengisi Tabung Dana Kecemerlangan Pelajar.


Aktitivti ini telah diadakan pada 19 Feb 2011 bertempat di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Seawal jam 7 pagi semua pelajar telah berada di dataran untuk mendengar taklimat larian. Bukan itu saja pihak sekolah juga telah menjemput semua ibubapa pelajar serta penduduk kampung untuk sama-sama memeriahkan program ini.

Paling mencuri tumpuan ialah kehadiran YDP MPIB Sekolah iaitu Encik Mohd Zulkifli telah menceriakan lagi program ini dengan sama-sama menyertai Larian Amal Imtiaz yang julung kali diadakan ini.
Beliau juga telah memberikan sumbangan hadiah peribadinya kepada pemenang saguhati.
Dalam larian ini dibahagikan kepada beberapa kategori.

Kategori pelajar sekolah :
Menengah atas lelaki dan perempuan
Menengah rendah lelaki dan perempuan

Kategori Guru & Kakitangan

Kategori Ibu & Bapa

Kategori Komuniti
Kategori Lelaki
Kategori Perempuan

Kemeriahan terserlah apabila pertandingan bermula. Dalam setiap kategori menunjukkan kesungguhan berlari bukan hanya untuk mendapatkan kemenangan tetapi sama-sama menjayakan program ini.

Hadiah telah disampaikan oleh YDP MPIBG , Puan Pengetua, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Ko-Ku.

Semoga aktiviti ini diteruskan lagi pada masa akan datang.
Tahniah diucapkan kepada semua yang menyertai larian serta kepada pihak urusetia sekolah, S/U sukan iaitu Encik Zakaria b Mohamad, ibubapa serta komuniti.

Berikut keputusan kedudukan Firqah

JOHAN KESELURUHAN : ZAAMAH
NAIB JOHAN : ITQAN
KETIGA : MAHABBAH

Wednesday, February 16, 2011

Majlis ini telah diadakan pada 16 Feb 2011 bertempat di Dewan As Syatibi.
Menurut Pengurus Projek SPM, Ustazah Rosni bt Jaafar, tujuan diadakan majlis pada petang ini adalah untuk memantapkan lagi team SPM antara guru dan pelajar agar melakar kejayaan yang cemerlang dalam SPM nanti.

Visi

Merealisasikan Hasrat Sekolah, Ibu Bapa dan Pelajar Untuk Mencapai Semua A+ Dalam SPM

Misi

1. Memastikan semua pelajar mencapai target 100% cemerlang dalam peperiksaan SPM.
2. Pelajar sebagai pelanggan utama yang harus diberi perkhidmatan terbaik dalam aspek pengajaran dan bimbingan dalam kelas mahupun luar kelas.
3. Memantapkan ' team work ' guru SPM dan warga sekolah bergerak selaras dan berganding bahu bersama melakar kejayaan dalam SPM.
4. Mengatur strategi yang mantap bagi meningkatkan kecemerlangan pencapaian dalam semua subjek.

Motto

SATU HARAPAN SATU MATLAMAT
SEMUA A+ DALAM GENGGAMAN



Tuesday, February 15, 2011

Pihak Sekolah telah menghantar satu pasukan untuk menyertai perarakan Maulidur Rasul di Dataran Shah Bandar. Sebanyak 109 kontinjen telah berkumpul di sini.

Bagi kategori Sekolah dan IPTA & IPTS, sebanyak 33 kontinjen. Johan akan menerima RM 2000 dan sijil, naib johan RM 1500 dan sijil dan tempat ketiga akan menerima RM 1000 beserta sijil.

Walaupun sekolah ini gagal mendapat kedudukan tersebut, namun semangat yang ditunjukkan oleh pasukan sekolah amat menggembirakan semua guru pengiring. Sikap berpasukan yang penuh bergaya itu sudah cukup menggambarkan bahawa pasukan sekolah mampu mengatasi dan memperbaiki kedudukan pada masa akan datang.
Tahniah diucapkan kepada mereka.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan perarakan sempena Maulidur Rasul 1432 Hijrah.

Kategori Jabatan Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.

Johan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
N. Johan Yayasan Islam Terengganu
Ketiga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Kategori Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun

Johan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
N. Johan Jabatan Hasil Negeri Terengganu
Ketiga Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

Kategori Sekolah Menengah dan IPTA&IPTS

Johan Sekolah Men. Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk
N. Johan Sekolah Men. Kebanggsan Dato' Razali Ismail
Ketiga Sekolah Men. Agama Sheikh Abdul Malek

Klip Video

Kontinjen SM Imtiaz YT K.Trg & SMAASZA
Kontinjen SMKA Sheikh Abd Malek
Kontinjen Akademi Bomba Wakaf Tapai


Galeri gambar

Monday, February 14, 2011

Majlis pelancaran ini telah diadakan pada 14 Feb 2011 bertempat di Dewan Besar Sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah bt Che Abdullah.

Menurut Pengurus Projek SMR 2011, Cikgu Rozila, tujuan diadakan majlis ini adalah untuk memberi semangat kepada semua pelajar PMR 2011 dan juga pelajar tingkatan 2 yang akan menduduki Peperiksaan PMR 2012.

Dengan harapan agar semua pelajar berkenaan mendapat semua A' dalam peperiksaan tersebut. Selaras dengan misi & visi 2011, semua pihak perlu melipat gandakan usaha agar matlamat yang dihasratkan selama ini tercapai.

Lihat Video

Gimik Pelancaran Aspirasi SMR 2011

Galeri gambar

Kuliah Kerohanian ini diadakan pada setiap hari jumaat minggu pelajar tidak pulang ke kampung. Pada 11 feb 2011, kuliah ini diteruskan dengan menjemput yang berbahagia Ustaz Roslan, seorang guru Tasmi' sekolah ini.

Pelajar telah didedahkan dengan pelbagai ilmu untuk bekalan agar menjadi insan yang soleh dan solehah.

Galeri gambar

Pasukan Kompang Ceria

Pada 11hb Feb 2011, pasukan Kompang Sekolah telah diberi kepercayaan untuk mengendali kompang dalam satu majlis perkahwinan di Kampung Banggol Kapas.

Menurut Jurulatih Kompang Sekolah, Ustaz Wan Ahmad Kalmani, penyertaan tahun ini adalah julung kali diadakan. Tuan rumah bagi pengantin tersebut menyatakan amat berpuas hati dengan pasukan Kompang sekolah ini.

Pasukan Kompang ini sebahagian besarnya terdiri dari pelajar tingkatan 4. Tahniah diucapkan.

Lihat video

Video 1
Video 2
Video 3

Galeri gambar

Jejak Khalifah

Peringkat saringan Jejak Khalifah yang dianjurkan bersama oleh Taman Tamadun Islam dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu telah di adakan pada 31 Januari 2011 yang terdiri daripada 40 buah sekolah di daerah tersebut. SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah berjaya memasuki peringkat akhir apabila berada dalam 10 sekolah terbaik.

Tujuan jejak Khalifah ini diadakan adalah untuk mendedahkan tentang tamadun Islam. Disamping itu dapat mengasah minda agar pelajar dapat melakukan sesuatu perkara serta dapat menyelesaikan masalah dengan mudah.

Menurut jurulatih Jejak Khalifah peringkat sekolah, Ustaz Wan Ahmad Kalmani, Program ini telah mengajar para peserta tentang protokol , cara susun barang, mengemas hotel , kemahiran memasang basikal,membuat wau dan lain lagi. Para peserta telah di bawa menaiki bot untuk mengambil maklumat sekitar muka kuala sungai Terengganu.kemahiran mengira, kemahiran mewarna juga merupakan sebahagian aktiviti daripada 17 task/check point yang dipertandingkan.

Dalam pertandingan itu SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah mendudki tempat ke empat dalam peringkat akhir yang diadakan di Taman Tamadun Islam pada 8 Feb 2011

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta Sekolah.

IMTIAZ SCHOOL OF EXCELLENCE

Galeri gambar

;;