Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Wednesday, July 6, 2011


Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu kerana berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Robotik yang telah di adakan di SMK Padang Negara, Kuala Terengganu pada 5 Julai 2011.

Menurut Ketua Penyelaras Kelab Robotik Sekolah ketika ditemubual, Ustaz Wan Ahmad Kalmani bin Wan Mohd, acara ini berlangsung jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang yang melibatkan lebih dari 100 penyertaan seluruh Negeri Terengganu.

Bagi peringkat ‘ Lower Secondary Category Stair Climber ‘ disertai sebanyak 37 pasukan. Menurut beliau lagi, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu menyertai dalam kategori ini dan mempamerkan persembahan yang menarik sehingga memukau penonton sepanjang pertandingan tersebut.

Pelajar terdiri daripada Syed Mohd Hafeez bin Syed Aluwi tingkatan 3, Ahmad Aiman Fawaz bin Mohd Zawawi tingkatan 1, Mohd Haziq Aliuddin bin Mohd Ayub tingkatan 2 serta Amir Fahmi tingkatan 2.

Syabas kepada anak Soleh Pintar dari SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dan juga Ketua Penyelaras Robotik, Ustaz Wan Ahmad Kamani yang menunjukkan semangat yang tinggi untuk mencipta kejayaan dan menaikkan nama sekolah.

TAHNIAH!!


Monday, July 4, 2011



Hari ini bermulalah pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Sekolah & Asrama Peringkat Imtiaz anjuran Yayasan Terengganu bagi tahun 2011.

Sm Imtiaz YT Kuala Terengganu tidak ketinggalan dalam pertandingan ini. Seramai 5 buah sekolah yang terlibat iaitu Imtiaz Dungun, Imtiaz Besut, Imtiaz K.Berang, Imtiaz Kemaman dan Imtiaz Kuala Terengganu.

Antara penilaian yang diambil kira ialah :

1. Kawasan sekolah

a. Tandas
b. Pondok Bacaan
c. Bilik Darjah
d. Pusat Sumber Sekolah
e. Pejabat Sekolah
f. Makmal Sains

2. Kawasan Asrama

a. Tandas
b. Pondok Bacaan
c. Dorm/Bilik Asrama
d. Bilik Bacaan
e. Bilik Warden dan Pejabat Asrama
f. Dewan makan
g. Dapur Asrama
h. Surau

serta persekitaran yang lain.

;;