Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Thursday, March 31, 2011

Ceramah Motivasi

Pagi ini satu ceramah motivasi telah diadakan untuk semua pelajar tingkatan 3 dan 5 seluruh SM Imtiaz Yayasan Terengganu sempena pelancaran Projek PMR dan SPM yang akan di rasmikan oleh Pengarah Yayasan Terengganu sebelah petang nanti.

Penceramah ialah Cikgu Aziz dari SM Chukai Kemaman yang juga merupakan bapa salah seorang pelajar SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Semoga motivasi ini akan menaikkan lagi prestasi pelajar bagi menduduki peperiksaan PMR dan SPM 2011 yang akan diduduki tidak lama lagi.

Wednesday, March 30, 2011

Trio pemanah sekolah akan bersaing bagi merebut tempat dalam acara memanah yang akan di adakan pada 31 Mac 2011 bertempat di Kem Integriti Telaga Batin.

Tiga pemanah sekolah yang terdiri daripada kategori bawah 18 tahun iaitu Izz binti Ismail manakala bawah 15 tahun terdiri dari Nuraini binti Harun dan Mohd Fahmi bin Md Lani.

Semoga pemanah sekolah ini akan beroleh kejayaan.

Sunday, March 27, 2011

Imtiaz K.Trg telah menghantar seramai 60 peserta untuk menyertai Larian Imtiaz bertempat di Imtiaz K.Brang anjuran Yayasan Terengganu pada 24 Mac 2011 baru-baru ini.

Dalam acara larian tersebut Imtiaz K.Trg telah menjadi Johan keseluruhan apabila ramai peserta dari sekolah ini mendapat kedudukan terbaik apabila tamat larian tersebut dengan membawa pulang piala pusingan.

Piala tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Pelajaran Daerah Hulu Terengganu dan diterima oleh Ustaz Zakaria b Mohamad selaku S/U Sukan sekolah.

Tahniah dan syabas

Galeri gambar

;;