Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Monday, January 17, 2011

Majlis ini telah diadakan pada 16 Januari 2011.Menurut Penolong Kanan Ulul Al Bab, Ustaz Amin Faisal, tujuan utama melaksanakan projek tersebut adalah untuk mewar-warkan kepada warga imtiaz tentang apa yang telah dilaksanakan pada tahun lepas dan juga merancang untuk tahun 2011.Menurut beliau, sejak tahun 2006, peningkatan al-quran naik sedikit demi sedikit dan pada tahun lepas mampu melahirkan lebih 50 pelajar yang khatam 30 juzuk.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru Al-Quran yang telah bekerja bertungkus lumus. Tanpa mereka program al-quran tidak begitu mantap kerana dengan tenaga mereka mampu melahirkan pelajar yang khatam dan juga dapat memberi semangat kepada pelajar.

Ustaz Ridzuan bin Aziz selaku Ketua Jabatan Al-Quran telah membentangkan beberapa projek al-quran untuk tahun 2011. Antara perancangan yang akan dilaksanakan adalah ;

1.Projek Imam muda yang akan diadakan pada bulan Ramadhan
2.Mega Tasmi’ – Semua pelajar terlibat
3.Kelas Pemulihan Tajwid – Semua Pelajar yang lemah dalam bacaan
4.Kelas Bacaan Al-Quran
5.Kem Kecemerlangan Hafazan - Semua pelajar yang tidak mencapai tahap minimum tahunan
6.Kelas Kemahiran Tarannum – Semua pelajar yang khatam
7.Ujian Syafawi Al-Quran
8.Kem Al-Quran Gemilang – Untuk pelajar yang dijangka khatam pada tahun 2011
9.Program Hafzan Di Masjid Terpilih – Semua pelajar tingkatan 1 & 3
10.Program meraikan pelajar khatam al-quran
11.Program Hafazan Pasca PMR
12.Program Ujian Hafazan Al-Quran
13.Lawatan Pelajar – terdiri dari pelajar yang cemerlang dalam hafazan
14.Temu Murni Al-Quran – Semua pelajar dan ibubapa serta guru tasmi’
15.Jaulah Tokoh Al-Quran – pelajar yang terpilih sahaja
16.Mubaligh Muda – pelajar yang terpilih untuk memberikan tazkirah maghrib yang akan dijalankan dimasjid serta surau disekitar sekolah
17.Program Khutbah,ceramah serta forum – pelajar yang khatam
18.Kem Hafazan Al-Quran – bagi pelajar yang lemah
19.Homestay di Baabus Salam,Bandung – pelajar yang terpilih seramai 5 orang terutama pelajar yang khtam al-quran serta sumbangan yang diberikan kepada sekolah.
20.Kelas Tahsin Al-Quran – pelajar yang mahir membaca Al-Quran
21.Kelas Tafsir Al-Quran – di adakan selepas maghrib oleh guru tasmi’
22.Program Tahsin AlFatihah – Semua warga Imtiaz

Semasa melancarkan Projek Al-Quran, puan pengetua mengucapkan tahniah kepada unit pengurusan Al-Quran yang telah berjaya mengadakan majlis tersebut.

Beliau menegaskan bahawa Al-Quran adalah sangat utama dalam program sekolah.Ini kerana kelainan Imtiaz hanyalah pada Al-Quran.Sesiapa yang datang ke Imtiaz tidak dengan niat untuk Al-Quran, mereka tidak akan dapat bertahan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang mendorong anak-anak pelajar yang bukan sahaja mahu cemerlang dalam bidang akademik tetapi cemerlang juga dalam bidang Al-Quran

Mudah-mudahan apa yang yang pelajar yang dapat hari ini menjadi bekalan hidup pada masa akan datang.Beliau berharap agar semua pelajar dapat menjaga hafalan agar jangan sampai terlupa.Sepanjang berada di Imtiaz , gunakanlah sepenuh peluang untuk menghayati Al-Quran dengan ciri-ciri Quranik.

Dokumentasi bergambar KLIK di sini

0 Comments:

Post a Comment