Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Wednesday, May 11, 2011

Kenangan Bersama Jemaah Nazir

Seawal jam 7.35 pagi tadi, dua buah kenderaan pacuan 4 roda telah memasuki perkarangan sekolah.

Mereka telah disambut oleh Puan Pengetua serta barisan Penolong Kanan. Mereka adalah dari Jemaah Nazir seramai 6 orang.

Terlebih dahulu mereka telah diberi taklimat mengenai profil sekolah dan maklumat lain oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Lebih kurang jam 3.30 petang penghakiman selesai.

Tahniah dan Syabas di atas pencalonan ini.

Galeri Gambar sila klik

Tuesday, May 10, 2011


Kesungguhan yang ditunjukkan oleh para guru serta beberapa kakitangan bagi mempersiapkan maklumat-maklumat tentang kebitaraan sekolah dan maklumat lain amatlah dihargai.

Dari peringkat pengurusan sekolah hinggalah ke peringkat bawah, semuanya menunjukkan kesungguhan yang tidak kenal penat lelah untuk persiapan bagi menghadapi penghakiman kerana sekolah ini telah dicalonkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 2011 yang akan dihakimi oleh Jemaah Nazir pada 11 Mei 2011.

Kepada semua guru, kakitangan serta yang terlibat diucapkan jutaan terima kasih di atas pengorbanan bagi tujuan tersebut.

Galeri Gambar sila klik

Sunday, May 8, 2011

Pelajar perempuan bergegas keluar dari kelas


Sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan kebakaran, satu latihan kebakaran bagi mempersiapkan diri semua pelajar dan guru telah diadakan pada jam 2 petang tadi.

Loceng kecemasan telah kedengaran menyebabkan pelajar terpinga-pinga dan terus bergegas keluar dari kelas bagi mengelakkan dari menjadi mangsa kebakaran.

Semua pelajar telah berkumpul di dataran dan Penolong Kanan HEM iaitu Tuan Haji Ahmad Ridhuan telah memberikan taklimat mengenai pencegahan kebakaran itu
Pelajar lelaki sedang berusaha mengawal kebakaran

.Pelajar perempuan sedang berusaha memadamkan api

Lawatan Penanda Aras

Cenderahati kepada Pengetua SMK Lembah Bidong

Seramai 10 orang guru yang terdiri daripada Penolong Kanan, Ketua Jabatan serta Guru Kaunseling telah bertolak ke SMK Lembah Bidong, Terengganu jam 9 pagi untuk mengadakan lawatan Penanda Aras.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat prasarana serta penyusunan fail sekolah. SMK Lembah Bidong merupakan salah sebuah sekolah yang dicalonkan untuk diiktiraf sebagai Sekolah Kluster.

Pihak sekolah telah disambut oleh beberapa orang guru serta pengetua sekolah. Pihak sekolah juga telah diberi peluang untuk melihat sistem penyusunan fail di dalam bilik khas.

SM Imtiaz K.Trg juga merupakan salah sebuah sekolah yang dicalonkan untuk dinobatkan sebagai Sekolah Kluster.

Galeri Gambar sila klik

;;