Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Wednesday, May 18, 2011


Gabungan Che Ku Saiful Azhar dengan Lagenda Badminton Sekolah Encik Ramli bin Abdullah gagal menyekat kemaraan pemain yang meningkat naik, Encik Saufi dan Encik Arif Omar dalam satu kejohanan acara beregu badminton Guru dan Kakitangan Imtiaz Kuala Terengganu yang di adakan pada 17 Mei 2011.

Sebanyak 9 pasukan telah menyertai kejohanan berprestij ini dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Dalam separuh akhir pertama, pasukan B yang dibarisi pemain berpengalaman Encik Hanafi berganding dengan Encik Mohd Fadhli tewas ditangan Pasukan F yang terdiri daripada lagenda badminton sekolah.

Dalam separuh akhir kedua pula, pasukan C telah ditewaskan oleh pasukan H dengan straight set.

Penentuan bagi tempat ketiga telah menyaksikan pasukan B memberi laluan mudah kepada pasukan C yang terdiri daripada Encik Din Azman dan Encik Mansor. Ini kerana Pemain yang dikatakan paling hebat di gelanggang iaitu Encik Din Azman telah mengalami kecederaan di buku lali apabila smash kencang dari Encik Hanafi tidak dapat diangkat oleh beliau lalu tergelincir. Walau bagaimanapun beliau meneruskan permainan dalam keadaan cedera.

Namun begitu dengan semangat setiakawan, pasukan B memberikan kemenangan mudah kepada pasukan C.

Dalam acara akhir, Pasukan F bertemu dengan pasukan H. Lagenda badminton, Encik Ramli dengan pukulan jumping smash telah memukau penonton yang menyaksikan pertandingan yang penuh debaran ini. Namun begitu ketenangan yang ditunjukkan oleh pasukan F berakhir dengan kemenangan.

Menurut Encik Wan Ahmad Kalmani yang merupakan salah seorang pemain yang gagal ke separuh akhir berkata, kekalahan Encik Ramli itu memberi impak yang besar kepada badminton sekolah dalam kejohanan badminton guru dan kakitangan sekolah.

Semua hadiah telah disampaikan kepada pemenang oleh Setiausaha Sukan Sekolah, Encik Zakaria bin Mohamad.

Bahan Bergambar

Tuesday, May 17, 2011


Tahniah dan syabas kepada SM Imtiaz K.Trg kerana pelajar PMR dan SPM sekolah ini telah berjaya mendapat keputusan cemerlang sehingga melonjakkan nama Imtiaz Kuala Terengganu ke peringkat Negeri. Terima kasih juga kepada pihak Yayasan Terengganu kerana memberi penghargaan sebanyak RM 3,000.00 di atas kejayaan dalam PMR dan RM 5,000.00 di atas kejayaan SPM yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, Y.A.B Dato' Seri Haji Ahmad bin Said.

Terima kasih kepada guru yang banyak membantu dalam mencapai hasrat sekolah. Sebagai penghargaan kepada mereka, pihak sekolah telah bersetuju untuk mengadakan jamuan kesyukuran di Hotel Primula pada 16 Mei 2011 jam 3 petang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah kakitangan sekolah yang terdiri dari kakitangan kerajaan, swasta serta pengawal keselamatan.

Dalam majlis tersebut, YDP MPIBG Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Abu Bakar telah dapat meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.

SYABAS DAN TAHNIAH UNTUK SELURUH WARGA
IMTIAZ KUALA TERENGGANU


Monday, May 16, 2011

Seawal jam 8 pagi, semua guru dan pelajar telah masuk ke dewan. Sambutan pada tahun ini sedikit berbeza berbanding pada tahun lepas. Ini kerana bagi memulakan majlis sambutan Hari Guru 2011, semua yang terlibat masing-masing membaca surah Yaasin untuk mendapat keberkatan.

Jam 9 pagi bermulalah acara padang, ramai guru menyertai acara ini dan berpasangan dengan pelajar bagi mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pelajar.

Keseronokan dan kemeriahan terpancar di setiap wajah guru yang selama ini berusaha mendidik pelajar ke arah kecemerlangan.

Selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, di harap semua guru akan terus mendidik anak pelajar agar matlamat negara untuk melihat pelajar berjaya dengan cemerlang terlaksana.



Sedutan Ucapan Wakil Pelajar
Mohd Hud Al Hashir


Sedutan Ucapan Wakil Guru
Cikgu Nadiah Daud


Semua Guru Mengalunkan
Lagu Hari Guru

Teks ucapan dari KPPM telah dibaca oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan b Abd Ghani manakala perutusan dari Menteri Pelajaran telah dibaca oeh wakil dari Jabatan Pelajaran Terengganu.

Dalam acara dewan pula, guru lelaki dan guru perempuan telah menunjukkan bakat mereka dengan mendendangkan lagu nasyid.

Acara yang paling mencuit hati pelajar ialah pertandingan berbalas pantun dikalangan guru sehingga tak kering gusi.

Untuk melihat sedutan video tersebut sila kunjungi koleksi video sekolah.

Sedutan Teks Ucapan KPPM

Sedutan Perutusan Khas Hari Guru dari Menteri Pelajaran

Guru Lelaki Tunjuk Bakat Terpendam

Guru Perempuan Memang Berbakat

Berbalas Pantun 1 ( kelakar betul )

Pengerusi Kena Beli Pantun

Berbalas Pantun 2


Berbalas Pantun 3

Berbalas Pantun 4

Berbalas Pantun 5

Guru Perempuan Dendang Lagu Maher Zain ( terbaru )

Arif Ilman dan Hakimie Bersajak ( mesti tengok )


Persembahan Silat ( baru upload )


Bahan Bergambar
SELAMAT HARI GURU 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

;;