Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Sunday, May 22, 2011


Seawal jam 8 pagi seramai empat orang jemaah Nazir telah datang ke SM Imtiaz Kuala Terengganu untuk Penilain Sekolah ( New Deals )

New deals ialah perjanjian baru pengetua / Guru besar yang melihat kepada bagaimana sesebuah sekolah itu diuruskan oleh barisan kepimpinan sekolah bermula daripada pengetua / guru besar. Pengetua yang mengetuai ataupun yang terlibat secara langsung dalam pengurusan sekolah yang menjadi ketua organisasi sekolah itu.

New deals ini juga akan dinilai bagaimana seorang pengetua itu memimpin dan membawa sekolah mengikut hala tuju yang telah ditetapkan bermula daripada Visi dan Misi yang telah di persetujui bersama oleh sesebuah sekolah tersebut.

Galeri Gambar

Wednesday, May 11, 2011

Kenangan Bersama Jemaah Nazir

Seawal jam 7.35 pagi tadi, dua buah kenderaan pacuan 4 roda telah memasuki perkarangan sekolah.

Mereka telah disambut oleh Puan Pengetua serta barisan Penolong Kanan. Mereka adalah dari Jemaah Nazir seramai 6 orang.

Terlebih dahulu mereka telah diberi taklimat mengenai profil sekolah dan maklumat lain oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Lebih kurang jam 3.30 petang penghakiman selesai.

Tahniah dan Syabas di atas pencalonan ini.

Galeri Gambar sila klik

Tuesday, May 10, 2011


Kesungguhan yang ditunjukkan oleh para guru serta beberapa kakitangan bagi mempersiapkan maklumat-maklumat tentang kebitaraan sekolah dan maklumat lain amatlah dihargai.

Dari peringkat pengurusan sekolah hinggalah ke peringkat bawah, semuanya menunjukkan kesungguhan yang tidak kenal penat lelah untuk persiapan bagi menghadapi penghakiman kerana sekolah ini telah dicalonkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 2011 yang akan dihakimi oleh Jemaah Nazir pada 11 Mei 2011.

Kepada semua guru, kakitangan serta yang terlibat diucapkan jutaan terima kasih di atas pengorbanan bagi tujuan tersebut.

Galeri Gambar sila klik

;;