Seawal jam 8 pagi, semua guru dan pelajar telah masuk ke dewan. Sambutan pada tahun ini sedikit berbeza berbanding pada tahun lepas. Ini kerana bagi memulakan majlis sambutan Hari Guru 2011, semua yang terlibat masing-masing membaca surah Yaasin untuk mendapat keberkatan.
Jam 9 pagi bermulalah acara padang, ramai guru menyertai acara ini dan berpasangan dengan pelajar bagi mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pelajar.
Keseronokan dan kemeriahan terpancar di setiap wajah guru yang selama ini berusaha mendidik pelajar ke arah kecemerlangan.
Selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, di harap semua guru akan terus mendidik anak pelajar agar matlamat negara untuk melihat pelajar berjaya dengan cemerlang terlaksana.