Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Wednesday, May 18, 2011


Gabungan Che Ku Saiful Azhar dengan Lagenda Badminton Sekolah Encik Ramli bin Abdullah gagal menyekat kemaraan pemain yang meningkat naik, Encik Saufi dan Encik Arif Omar dalam satu kejohanan acara beregu badminton Guru dan Kakitangan Imtiaz Kuala Terengganu yang di adakan pada 17 Mei 2011.

Sebanyak 9 pasukan telah menyertai kejohanan berprestij ini dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Dalam separuh akhir pertama, pasukan B yang dibarisi pemain berpengalaman Encik Hanafi berganding dengan Encik Mohd Fadhli tewas ditangan Pasukan F yang terdiri daripada lagenda badminton sekolah.

Dalam separuh akhir kedua pula, pasukan C telah ditewaskan oleh pasukan H dengan straight set.

Penentuan bagi tempat ketiga telah menyaksikan pasukan B memberi laluan mudah kepada pasukan C yang terdiri daripada Encik Din Azman dan Encik Mansor. Ini kerana Pemain yang dikatakan paling hebat di gelanggang iaitu Encik Din Azman telah mengalami kecederaan di buku lali apabila smash kencang dari Encik Hanafi tidak dapat diangkat oleh beliau lalu tergelincir. Walau bagaimanapun beliau meneruskan permainan dalam keadaan cedera.

Namun begitu dengan semangat setiakawan, pasukan B memberikan kemenangan mudah kepada pasukan C.

Dalam acara akhir, Pasukan F bertemu dengan pasukan H. Lagenda badminton, Encik Ramli dengan pukulan jumping smash telah memukau penonton yang menyaksikan pertandingan yang penuh debaran ini. Namun begitu ketenangan yang ditunjukkan oleh pasukan F berakhir dengan kemenangan.

Menurut Encik Wan Ahmad Kalmani yang merupakan salah seorang pemain yang gagal ke separuh akhir berkata, kekalahan Encik Ramli itu memberi impak yang besar kepada badminton sekolah dalam kejohanan badminton guru dan kakitangan sekolah.

Semua hadiah telah disampaikan kepada pemenang oleh Setiausaha Sukan Sekolah, Encik Zakaria bin Mohamad.

Bahan Bergambar

0 Comments:

Post a Comment