Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Tuesday, May 17, 2011


Tahniah dan syabas kepada SM Imtiaz K.Trg kerana pelajar PMR dan SPM sekolah ini telah berjaya mendapat keputusan cemerlang sehingga melonjakkan nama Imtiaz Kuala Terengganu ke peringkat Negeri. Terima kasih juga kepada pihak Yayasan Terengganu kerana memberi penghargaan sebanyak RM 3,000.00 di atas kejayaan dalam PMR dan RM 5,000.00 di atas kejayaan SPM yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, Y.A.B Dato' Seri Haji Ahmad bin Said.

Terima kasih kepada guru yang banyak membantu dalam mencapai hasrat sekolah. Sebagai penghargaan kepada mereka, pihak sekolah telah bersetuju untuk mengadakan jamuan kesyukuran di Hotel Primula pada 16 Mei 2011 jam 3 petang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah kakitangan sekolah yang terdiri dari kakitangan kerajaan, swasta serta pengawal keselamatan.

Dalam majlis tersebut, YDP MPIBG Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Abu Bakar telah dapat meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.

SYABAS DAN TAHNIAH UNTUK SELURUH WARGA
IMTIAZ KUALA TERENGGANU


0 Comments:

Post a Comment