Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Saturday, January 29, 2011


Majlis ini telah di adakan pada 29 Januari 2011 bertempat di Dewan Sivik Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu.
Pihak Sekolah telah mengundang beberapa pemimpin masyarakat kampung untuk sama-sama memeriahkan program yang pertama kali diadakan.

Antara tujuan program ini diadakan adalah :

1. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.
2. Mendidik pelajar-pelajar supaya prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
3. Mewujudkan komuniti yang saling berhubungan antara komuniti dan pelajar melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
4. Mewujudkan jaringan hubungan dalam melaksanakan program secara bersepadu bersama komuniti.
5. Mewar-warkan kepada masyarakat bahawa Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu merupakan sekolah yang berkonsep komuniti.
6. Merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan masyarakat setempat.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Abu Bakar, YDP MPIBG SM Imtiaz YT KT.

0 Comments:

Post a Comment