Kesungguhan yang ditunjukkan oleh para guru serta beberapa kakitangan bagi mempersiapkan maklumat-maklumat tentang kebitaraan sekolah dan maklumat lain amatlah dihargai.
Dari peringkat pengurusan sekolah hinggalah ke peringkat bawah, semuanya menunjukkan kesungguhan yang tidak kenal penat lelah untuk persiapan bagi menghadapi penghakiman kerana sekolah ini telah dicalonkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 2011 yang akan dihakimi oleh Jemaah Nazir pada 11 Mei 2011.
Kepada semua guru, kakitangan serta yang terlibat diucapkan jutaan terima kasih di atas pengorbanan bagi tujuan tersebut.
Galeri Gambar sila klik
Labels: jemaah nazir, nazir sekolah, sekolah kluster