Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Monday, April 18, 2011

Pihak Panitia Pendidikan Islam SMI Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah menghantar 6 orang wakil untuk menyertai Majlis Tilawah Qur'an ( MTQ ) Peringkat PKG Durian Burung pada hari Selasa 12 April 2011. Bertempat di SMK Chendering, MTQ tersebut bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Menurut Ustazah Marina, antara kategori yang dipertandingkan ialah Tilawah Lelaki , Tilawah Perempuan , Hafazan Lelaki , Hafazan Perempuan , Syarahan Lelaki dan Syarahan Perempuan. SMI Kuala Terengganu telah berjaya mendapat Johan Hafazan Lelaki yang diwakili oleh Najib Solihin , Tingkatan 4 Nafi'. Naib Johan Hafazan Perempuan iaitu Nor Amalina Ibrahim , Tingkatan 5 IbnuKathir dan Naib Johan Syarahan Lelaki iaitu Muizuddin Zunaidi , Tingkatan 2. Manakala peserta Tilawah Lelaki dan Perempuan iaitu Muhammad Baihaqi, tingkatan 4 dan Siti Fatimah Zahirah, tingkatan 3, mendapat tempat ketiga. Syarahan Perempuan pula mendapat tempat keempat , iaitu Sayidah Musfirah, tingkatan 1. Peserta Johan dan Naib Johan seramai 3 orang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat Akhir MTQ.

Pada hari Khamis 14 April 2011, MTQ bertempat di SMK Kompleks Seberang Takir, ketiga-tiga peserta telah berjaya mendapat tempat : 1. Johan Hafazan Lelaki - Najib Solihin dan mewakili Terengganu Selatan. 2. Naib Johan Hafazan Perempuan - Nor Amalina Ibrahim. 3. Naib Johan Syarahan Lelaki - Muizuddin Zunaidi. Syabas dan Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengharumkan nama SM Imtiaz Kuala Terengganu. Terima Kasih kepada semua yang terlibat , guru-guru dan pelajar bagi pihak Panitia Pendidikan Islam SM Imtiaz K.T.

0 Comments:

Post a Comment