Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Wednesday, March 9, 2011


Tahniah dan syabas wira dan wirawatiku.

Malam ini Pasukan Imtiaz YT K.Trg telah merangkul 3 kejuaraan dan 1 naib johan dalam acara badminton lelaki men.atas dan men. ren, pingpong perempuan men ren dan men. atas.

Dalam acara badminton lelaki Men. Atas pasukan sekolah dengan mudah menumpaskan pasukan dari SMA Maarif dengan kiraan 3 - 0 seterusnya dinobatkan sebagai JOHAN.

Acara badminton lelaki Men. Ren. pula menyaksikan pasukan sekolah juga dinobatkan JOHAN apabila dengan mudah mengatasi pasukan SMAASZA dengan kiraan 3 - 0.

Berbeza dengan acara pingpong perempuan Men. Ren. Pasukan sekolah terpaksa berhempas pulas untuk mengatasi pasukan dari SMAASZA. Permainan yang penuh debaran itu menyaksikan perseorangan ketiga menjadi wirawati apabila menumpaskan lawan. Dengan kiraan 3 - 2 pasukan sekolah dinobatkan sebagai JOHAN.

Pingpong perempuan Men. Atas pula hampir mengatasi juga dari SMAASZA namun tertewas juga pada perseorangan ketiga. Pasukan sekolah tewas dengan kiraan 2 -3 sebagai NAIB JOHAN.

Walau bagaimanapun diucapkan syabas di atas kesungguhan dan semangat juang yang tinggi.

Dalam 5 acara akhir yang dipertandingkan, pasukan Imtiaz YT .Trg setakat ini memperolehi 3 JOHAN dan 2 NAIB JOHAN.

Ada 2 acara lagi yang belum dipertandingkan iaitu bola jaring Men. Atas dan Ren. Semoga kedua-dua acara ini dapat dimenangi oleh pasukan sekolah.

0 Comments:

Post a Comment