Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Thursday, February 24, 2011

Lawatan Penanda Aras

Pada 23 Feb 2011, pihak Pengurusan sekolah bersama semua Ketua Jabatan, Ketua panatia serta beberapa orang kakitangan telah bertolak ke SM Imtiaz Besut untuk mengikuti Lawatan Penanda Aras.

Pihak sekolah telah memilih SM Imtiaz Besut kerana sekolah berkenaan merupakan sekolah yang telah dianugerahkan sebagai sekolah berprestasi tinggi ( SBT ) bagi tahun 2010. Kedatangan kami disambut mesra oleh tuan pengetua iaitu Tuan Haji Abdul Wahab bin Mohd Arshad dan beberapa orang guru.

Pihak sekolah telah diberi penerangan ringkas tapi padat oleh tuan pengetua mengenai SBT ini. Beliau juga berharap Imtiaz Kuala Terengganu akan mengikuti jejak langkah bagi mendapatkan sekolah SBT tahun 2011. Kami diberi peluang untuk melihat dan meninjau persekitaran sekolah.

Puan Pengetua, Ustazah Mardziah mengucapkan tahniah dan syabas kepada Imtiaz Besut kerana mendapat anugerah SBT.

Galeri gambar

0 Comments:

Post a Comment