Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Saturday, January 1, 2011

OKBEKTIF SM imtiaz YTKT

1. PENGURUSAN ORGANISASI

v Menuju ke arah kesilapan sifar dalam pengurusan sekolah

v Memantapkan pengurusan kewangan ke arah mencapai pengurusan kewangan cemerlang

v Pengurusan dan tatacara sistem fail yang kemas dan sistematik

v Melahirkan guru yang berwibawa dan pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan

v Memastikan sekolah bersih, ceria dan selamat serta kondusif sebagai pusat pembelajaran yang berkesan

v Mewujudkan perhubungan yang mesra dan cekap antara warga SMIYTKT dan komuniti

2. KURIKULUM

v Mempertingkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran guru-guru dalam semua aspek seiring dengan kemajuan teknologi dunia

v Memperkasakan kemahiran guru dalam bidang P & P yang lebih berkesan, kreatif dan futuristik

v Mempertingkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran sahsiah dalam kalangan pelajar

v Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan

v Mempertingkatkan pencapaian akademik sehingga menjadi sekolah terbilang diperingkat kebangsaan

3. HAL EHWAL MURID

v Memastikan pelajar-pelajar mematuhi disiplin dan peraturan sekolah sepenuhnya

v Memastikan pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan budaya ikram dan 3S (senyum, salam dan sapa)

v Memastikan pelajar-pelajar dapat menampilkan potensi dan imej diri yang gemilang (JERIS)

v Memastikan pelajar-pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai mulia dan menjadi ‘Qudwatun Hasanah’ seterusnya menghayati tema sekolah ‘ Akhlak Teras Kejayaan

4. KOKURIKULUM

v Memberi peluang kepada semua pelajar terlibat dalam aktiviti kokurikulum sesuai dengan dasar pendidikan ‘1 Pelajar 1 Sukan

v Meningkatkan pencapaian tertinggi dalam bidang sukan dan permainan

v Mengekalkan pencapaian cemerlang dalam aktiviti unit beruniform

v Meningkatkan pencapaian cemerlang dalam aktiviti koakademik

v Memungut lebih banyak pingat emas dalam acara sukan dan permainan MSSD Kuala Terengganu

v Meningkatkan pencapaian tertinggi dalam bidang kebitaran imtiaz (memanah, berkuda, berenang, avionic, solarik & robotik)

5. ULUL ALBAB

5.1 AL-QURAN

v Melahirkan penghafaz al-quran 30 juzuk serta memahami tuntutan al-quran berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar (BIFFAS)

v Mewujudkan akhlak al-Quran dalam semua aspek

v Menerapkan nilai ‘Cintakan al-Quran’ dalam kalangan pelajar

v Memantapkan nilai iman dan tauhid selaras dengan ‘Hamalatul Quran’

v Membudayakan al-Quran dalam kalangan warga sekolah

v Mencapai 25% standard piawai khatam al-quran

5.2 I’DADI

v Mewujudkan budaya ‘Ilmu Untuk Diamal’

v Memperkasakan penguasaan dan pencapaian bahasa arab dalam kalangan pelajar

v Menanamkan asas agama (tauhid, sirah, feqah, tafsir dan hadis) dalam kalangan pelajar

5.3 KOMUNITI

v Mewujudkan keakraban dan kemesraan dalam keluarga SMIYTKT dengan pihak luar

v Meningkatkan kerjasama dan sokongan dalam semua aktiviti SMIYTKT

v Melatih pelajar agar dapat menyumbang kepada masyarakat dalam pelbagai bidang seperti solat hajat, gotong royong, solat jenazah, tahlil, kerja amal dan sebagainya

0 Comments:

Post a Comment