Hari ini bermulalah pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Sekolah & Asrama Peringkat Imtiaz anjuran Yayasan Terengganu bagi tahun 2011.
Sm Imtiaz YT Kuala Terengganu tidak ketinggalan dalam pertandingan ini. Seramai 5 buah sekolah yang terlibat iaitu Imtiaz Dungun, Imtiaz Besut, Imtiaz K.Berang, Imtiaz Kemaman dan Imtiaz Kuala Terengganu.
Antara penilaian yang diambil kira ialah :
1. Kawasan sekolah
a. Tandas
b. Pondok Bacaan
c. Bilik Darjah
d. Pusat Sumber Sekolah
e. Pejabat Sekolah
f. Makmal Sains
2. Kawasan Asrama
a. Tandas
b. Pondok Bacaan
c. Dorm/Bilik Asrama
d. Bilik Bacaan
e. Bilik Warden dan Pejabat Asrama
f. Dewan makan
g. Dapur Asrama
h. Surau
serta persekitaran yang lain.
Labels: imtiaz kuala terengganu
Serentak di seluruh Negara hari ini, larian 1 Murid 1 Sukan telah di adakan. SM Imtiaz K.Trg juga tidak ketinggalan bagi menyertai larian tersebut.
Sebelum larian dimulakan seawal jam 8 pagi tadi, puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah merasmikan Pelancaran tersebut bagi peringkat sekolah.
Semua guru dan pelajar sama-sama menyertai larian ini.
Labels: 1 murid 1 sukan, imtiaz kuala terengganu, larian
Program ini telah dijalankan sejak hari khamis lalu 30 Jun 2011 dan berakhir pada hari ini.
Perasmian penutup telah dilakukan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.
Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu merupakan salah satu daripada acara tahunan anjuran Unit Kokurikulum sekolah yang boleh dianggap sebagai simbol dan medan untuk menguji kemantapan kemahiran perkhemahan dan Kawad Kaki yang merupakan kemahiran asas bagi setiap badan beruniform yang ada di sekolah.
Salah satu objektif perkhemahan ini ialah melahirkan pelajar yang berdisiplin, berdaya saing dan berwawasan. Disamping itu menjana minda pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
Semua pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR tidak berapa lama lagi telah menyertai Kem tersebut yang diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 28 hingga 30 Jun 2011 di Dewan Asyatibi Imtiaz K.Trg.
Menurut Penyelaras Tingkatan 3, Puan Rozila, kem ini adalah bertujuan untuk memberi semangat kepada pelajar berkenaan agar jangan mempersiakan usaha yang telah dilakukan selama ini bagi mencapai matlamat untuk mendapat 9A.
Labels: kem, kem kepimpinan pelajar, pmr