Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Thursday, April 28, 2011

Seramai 10 orang pegawai dari Jabatan Agama Islam Melaka telah berkunjung ke SM Imtiaz K.Trg pada hari Rabu 27 April 2011.

Ketibaan mereka telah disambut mesra oleh pihak Pengursan Sekolah yang diketuai oleh Puan Pengetua iaitu Puan Mardziah binti Che Abdullah. Dalam kunjungan tersebut, pihak sekolah juga telah menerima kunjungan hormat iaitu Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abd Rahman bin Arsyad yang merupakan Panel Penasihat Majlis Agama Islam Melaka.

Rombongan ini juga dihadiri KPP Bahagian Pendidikan Islam JAIM Tuan Haji Mozaimi bin Mohamad.

Galeri gambar

Tuesday, April 26, 2011

Formal Dinner

Ustazah Mardziah sedang menyampaikan ucapan sempena Majlis Formal Dinner

Majlis yang penuh warna warni ini telah di adakan pada hari Sabtu baru-baru ini yang melibatkan seluruh penghuni asrama Imtiaz K.Trg.

Kerja-kerja bagi menyiapkan majlis ini telah dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ). Tetamu jemputan adalah terdiri dari Puan Pengetua Sekolah, Penolong Kanan, Ketua Jabatan serta warden asrama.

Galeri gambar

Seluruh penghuni asrama Imtiaz K.Trg berwajah ceria apabila beberapa acara sukan telah diadakan sempena program Hari Aspura & Aspuri baru-baru ini.

Beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya ialah pertandingan nasyid, lakonan, gusti lengan, tarik tali, bola sepak berkain dan banyak lagi.

Program ini dikendalikan di bawah unit HEM.

Galeri gambar

Tuesday, April 19, 2011

HARI PERTAMA


Hari ini bermulalah perkhemahan Tahunan Ulul Albab Tingkatan 1 yang bermula pada petang tadi dan akan berakhir pada 21 April 2011.

Sebelah petang tadi para peserta sedang giat mendirikan khemah mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Menurut Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip, Program ini diadakan setiap tahun bagi memberi pendedahan tentang perkhemahan ini dan seterusnya akan memilih 16 peserta iaitu 8 putera dan 8 puteri untuk di bawa ke perkhemahan peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu pada 5 hingga 7 Mei 2011 bertempat di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu.Para peserta sedang mendirikan khemah

Sebelah malam - Slot LDK dikendalikan oleh Kaunselor Sekolah iaitu Cikgu Nor Hidayah

;;