Kem ini telah diadakan pada 10hb Feb dan berakhir pada 12hb Feb 2011 bertempat di Kem Pasukan Simpanan Tentera Laut ( PSTL ) Chendering, Kuala Terengganu. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Displin & Pengurusan MPP dan Unit Bimbingan & Kaunseling.
Tujuan diadakan Kem ini adalah untuk memperkasakan pemimpin pelajar dari segi aspek kepimpinan, ketrampilan dan sahsiah diri. Semoga program ini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai gaya kepimpinan yang berwibawa bersesuaian dengan nama Ulul Albab.
Galeri gambar
Labels: kem kepimpinan pelajar
10hb Feb 2011 merupakan tarikh yang penting bagi SM Imtiaz YT Kuala Terengganu apabila seorang pelajar sekolah ini telah berjaya menduduki tempat yang ke 14 dalam acara larian merentas desa kategori L 15 yang dianjurkan oleh JPN Zon KTS sekaligus melayakkan Zul Aiman dicalonkan untuk mewakili Zon KTS dalam acara tersebut.
Walaubagaimanapun, beliau terpaksa sekali lagi berentap untuk mencari kedudukan 8 peserta daripada 15 pencalonan yang akan diadakan dalam masa yang terdekat ini. Semoga beliau dapat mengharumkan nama sekolah.
Galeri gambar
Labels: mssd
Menurut Unit Pelarasan SEM iaitu Cikgu Rohani bt Osman, SEM telah dimulakan pada tahun 2006 lagi. SEM ini sepatutnya dilaksanakan secara menyeluruh menepati pada nama Schoolwide Enrichment Model .Beliau mengucapkan syukur kerana dari peringkat jabatan dan Imtiaz serta semua guru telah dimaklumkan pengertian SEM yang sebenar dan ia merupakan satu platform untuk melaksanakan kriteria ataupun ciri yang telah ditetapkan bagi menghasilkan pelajar-pelajar Ulul Albab yang bercirikan ijtihadik.
SEM sebagai satu pendekatan yang menepati untuk melatih pelajar-pelajar kearah ciri-ciri tersebut.
Belaiu berkata, pada hari ini pihak sekolah telah melancarkan untuk pelajar-pelajar menggunakan minat dan bakat mereka untuk mencipta sesuatu yang inovasi dan kreatif dan diberi tempoh selama 3 bulan dan di akhir bulan Mei nanti akan diadakan pameran SEM iaitu mereka akan diberi peluang untuk menunjuk segala produk dan ciptaan masing-masing diperingkat sekolah dan untuk memilih wakil dikalangan mereka untuk dihantar ke peringkat yang lebih tinggi iaitu diperingat sekolah-sekolah Menengah Imtiaz dan juga diperingkat Negeri yang akan diadakan di Terengganu Trade Center.
Labels: schoolwide enrichment model, ttc
Labels: ikrar guru, sabk