Satu program ceramah Israk dan Mikraj telah di adakan di Dewan Assyatibi yang dihadiri oleh semua pelajar dan guru serta kakitangan.Program ini bermula jam 3 petang. Menurut Penolong Setiausaha Unit Surau, Dakwah & Kerohanian, Ustazah Marina binti A.Rahman, pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah iaitu Encik Munawwar bin Mohamad yang juga merupakan Guru Besar Sek. Ren. Seri Al-Amin, Gong Badak Kuala Terengganu.
Menurutnya lagi, tujuan di adakan program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri pelajar dan warga Imtiaz. Disamping itu juga bagi mengingati kembali peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W dari Masjidil Haram ke Baitulmuqaddis.
Tambahnya lagi, meningkatkan motivasi pelajar tentang perjalanan Mikraj Rasulullah S.A.W serta menghayati bulan-bulan Kebesaran Islam juga merupakan Objektif dalam program ini.
Satu perjumpaan ibubapa dengan pihak pengurusan, guru kelas dan guru matapelajaran telah di adakan di bilik Kuliah pada pagi tadi bagi membincangkan prestasi pelajar yang telah mendapat keputusan yang kurang memuaskan.
Menurut Guru Penyelaras Projek Kecemerlangan PMR 2011, Cikgu Rozila binti Sulong, tujuan utama di adakan temu murni ibubapa, guru kelas dan guru matapelajaran adalah untuk mengenal pasti masalah pelajar dalam semua aspek Akademik, Al Quran dan Akhlak serta mencari jalan penyelesaiannya.
Dalam majlis tersebut, pengarah Projek PMR 2011, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip telah menyampaikan sedikit maklumat mengapa program di adakan. Sejurus selepas itu, puan pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah menyampaikan ucapan sebagai memberi motivasi kepada pelajar serta ibubapa yang dipanggil agar dapat memberi kerjasama sepenuhnya bagi mencapai matlamat yang diharapkan.
Labels: program cakna permata pilihan
Menurut Ketua Penyelaras Kelab Robotik Sekolah ketika ditemubual, Ustaz Wan Ahmad Kalmani bin Wan Mohd, acara ini berlangsung jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang yang melibatkan lebih dari 100 penyertaan seluruh Negeri Terengganu. Bagi peringkat ‘ Lower Secondary Category Stair Climber ‘ disertai sebanyak 37 pasukan. Menurut beliau lagi, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu menyertai dalam kategori ini dan mempamerkan persembahan yang menarik sehingga memukau penonton sepanjang pertandingan tersebut. Pelajar terdiri daripada Syed Mohd Hafeez bin Syed Aluwi tingkatan 3, Ahmad Aiman Fawaz bin Mohd Zawawi tingkatan 1, Mohd Haziq Aliuddin bin Mohd Ayub tingkatan 2 serta Amir Fahmi tingkatan 2. Syabas kepada anak Soleh Pintar dari SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dan juga Ketua Penyelaras Robotik, Ustaz Wan Ahmad Kamani yang menunjukkan semangat yang tinggi untuk mencipta kejayaan dan menaikkan nama sekolah.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu kerana berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Robotik yang telah di adakan di SMK Padang Negara, Kuala Terengganu pada 5 Julai 2011.
TAHNIAH!!
Labels: robotik
Hari ini bermulalah pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Sekolah & Asrama Peringkat Imtiaz anjuran Yayasan Terengganu bagi tahun 2011.
Sm Imtiaz YT Kuala Terengganu tidak ketinggalan dalam pertandingan ini. Seramai 5 buah sekolah yang terlibat iaitu Imtiaz Dungun, Imtiaz Besut, Imtiaz K.Berang, Imtiaz Kemaman dan Imtiaz Kuala Terengganu.
Antara penilaian yang diambil kira ialah :
1. Kawasan sekolah
a. Tandas
b. Pondok Bacaan
c. Bilik Darjah
d. Pusat Sumber Sekolah
e. Pejabat Sekolah
f. Makmal Sains
2. Kawasan Asrama
a. Tandas
b. Pondok Bacaan
c. Dorm/Bilik Asrama
d. Bilik Bacaan
e. Bilik Warden dan Pejabat Asrama
f. Dewan makan
g. Dapur Asrama
h. Surau
serta persekitaran yang lain.
Labels: imtiaz kuala terengganu