Dua acara yang berlangsung petang tadi menyaksikan 2 pasukan iaitu pingpong Lelaki Men. Ren. dan Bola jaring perempuan Men. Atas masing-masing layak ke final setelah mengatasi lawan masing-masing.
Dalam perlawanan pingpong, SM Imtiaz YT K.Trg mengalahkan SMAASZA 3 berbalas 1. Walaupun tewas pada perlawanan pertama namun selelepas itu bangkit seterusnya menang 3 perlawanan berikutnya.
Keputusan penuh
Perseorangan pertama
Mohamad Hafizullah Osman tewas
7 - 11
6 - 11
11 - 13
Bergu pertama
Danish Ameerul dan Mohamad Faris Zufayri menang
13 - 11
11 - 7
11 - 7
Perseorangan kedua
Muhammad Hafizhat Ikhram menang
11 - 6
7 - 11
11 - 6
11 - 7
Bergu kedua
Abdulah Mukmin dan Raja Ahmad Huzaifi menang selesa
13 - 11
11 - 5
11 - 6
Dalam perlawanan akhir nanti Imtiaz YT K.Trg akan bertemu dengan SMA Mahmudiah
Saksikan video saat-saat kemenangan
Pingpong Lelaki Men. Ren
Dalam acara bola jaring pula, pasukan sekolah tidak menghadapi masalah dan dengan mudah menewaskan SMAASZA dengan 25 berbalas 3. Pada masa separuh pertama pasukan sekolah berjaya mengatasi dengan jaringan 12 - 1.
Dalam perlawanan akhir nanti Imtiaz YT K.Trg akan bertemu dengan SMA Khairiah
Terus berjuang wahai wira dan wirawatiku
Labels: bolajaring, pingpong
Tahniah dan syabas!!
Pasukan Pingpong perempuan men.ren petang ini telah berjaya menewaskan pasukan dari SMA Setiu 3 - 0 dalam pertarungan sengit. Namun begitu pasukan sekolah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan seterusnya berjaya mengalahkan pasukan dari daerah setiu ini.
Perseorangan pertama
Nurul Asyikin bt Roslam menang
11 – 3
11 – 5
11 – 7
Bergu pertama
Nor Aqilah bt Jalaludin
dan
Nur Aina Nafisah bt Nik Mohd Nasir menang
11 – 7
11 – 5
14 – 12
Perseorang kedua
Nurfatin Izzati bt Arjunaidi menang
14 – 12
11 – 1
11 – 5
11 - 3
Saksikan video saat-saat kemenangan
Hari ini bermulalah MASMAT peringkat akhir yang akan berlangsung di SMA Maarif mulai 8 hingga 10 Mac 2011.
Kontinjen Imtiaz YT K.Trg telah menyenaraikan seramai 86 peserta untuk menyertai pertandingan yang berprestij ini. Kontinjen Sekolah akan menyertai sebanyak 9 acara akhir iaitu Bolasepak Menengah Rendah, Pingpong Lelaki Menengah Rendah, Badminton Lelaki Menengah Rendah, Badminton Lelaki Menengah Atas, Bola Jaring Menengah Atas, Bola Jaring Menengah Rendah, Pingpong Perempuan Menengah Atas, Pingpong Perempuan Menengah Rendah dan Badminton Perempuan Menengah Atas.
Semoga Kontinjen Sekolah akan beroleh kemenangan.