Dapatkan artikal terkini di laman web imtiazkt.edu.my

PAKEJ PELANCONGAN HEBAT DARI KOPERASI SEKOLAH

Monday, February 7, 2011

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia.Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.

Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).

Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.

Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru

bagi Kuala Terengganu. Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi yang telah dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.

Talian Untuk Dihubungi
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: + 609 627 8888 Faks: +609 630 9020.

Anda juga bleh hubungi Pejabat Tourism Malaysia Terengganu di talian +609-622 1433/ 1893.



Pasar Payang

Pasar Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.

Pelawat yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli barangan tempatan di sini pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah di sini

Tips
Sewaktu di sini, cubalah menjamu selera dengan hidangan tempatan istimewa - Keropok Lekor - keropok rangup yang dibuat dari campuran ikan dan tepung sagu. Keropok ini lazimnya dimakan bersama sos cili. Sungguh enak!

Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu

+609-622 1433 / 1893



Istana Maziah

Dibina dengan senibina Perancis, Istana DiRaja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi DiRaja atau majlis keraian rasmi negeri.Terletak di Bukit Puteri di Kuala Terengganu, istana ini menjadi kebangaan rakyat negeri Terengganu. Ia masih digunakan untuk acara rasmi seperti pertabalan Sultan Terengganu, perkahwinan, serta meraikan kenamaan rasmi kerajaan negeri.

Istana Maziah sebenarnya dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang terbakar dahulu. Istana Hijau dibina sewaktu pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac, 1870.

Arkitek pembinaan Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Dia adalah saudara kepada Sultan Zainal Abidin III. Beberapa orang lain turut berjasa dalam menyediakan pelan dan menyiapkan Istana Maziah, iaitu Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Muhammad bin Abdul Rahim (Encik Mat), dan Dato’ Mata-Mata.

Bekalan kayu untuk membina istana datang dari Dungun dan diselia oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Bekalan batu-bata dan kapur pula diuruskan oleh Tengku Besar Paduka Indera.

Istana Maziah pada asalnya dibina dengan menggunakan campuran bahan binaan iaitu kapur, tanah liat, garam pasir, putih telur dan gula. Hampir 20 tukang kayu keturunan Melayu dan Cina bertanggungjawab dalam pembinaan Istana Maziah ketika itu.

Beberapa pengubahsuaian turut dilakukan sepanjang zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 -1942) dan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1945- 1979). Tambahan turut dibuat ke atas istana pada 1972 dan 1998.

Tips
Istana Maziah adalah kediaman rasmi Sultan Terengganu. Ia terletak di Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu.

Pengangkutan

17.5 Kilometre dari Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu.

Mengambil masa lebih kurang 20 minit

Ini adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini.

Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu.

Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam.

Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi.

Tips
Kaunter tiket terletak di Jeti Shahbandar, berhadapan Pejabat Pos Utama. Harga tiket ialah RM 5 seorang.

Pengangkutan

Mereka yang ingin memandu sendiri ke Muzium, harus mengambil laluan ke Kampung Losong yang terkenal dengan pembuatan keropok lekor. Muzium itu dapat dilihat di atas Bukit Losong.

Talian Untuk Dihubungi
Pejabat Tourism Malaysia Negeri Terengganu, Tingkat 5, Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar, 20300, Kuala Terengganu

Tel: +609-6221433 / 1893

Pengangkutan

Mengambil masa 19 minit dari Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu. Jaraknya adalah 13.4 km.




Koperasi Sekolah kini menawarkan pakej pelancongan menarik. Pelbagai destinasi ditawarkan.

PAKEJ 2HARI 1 MALAM

HARI PERTAMA

8.00 – 9.00 pg Pendaftaran Tamu

Persiapan Diri (check In)

10.30 pagi Taklimat Kump . & Minum Pagi

1.00 –2.15 ptg Makan Tengahari / Solat Zohor

2.30 ptg Majlis Perasmian

3.00 ptg Pengenalan Sekolah

Mengenali Hos & Pengenalan Tokoh

Ronda-ronda Sekolah

5.00 – 6.30 ptg Sukaneka

6.30 ptg Makan Malam

9.00 –10.30 mlm Kebudayaan

11.00 malam Minum Malam

HARI KEDUA

800 – 830 Taklimat Lawatan

9.00 – 10.00 Syahbandar –Menyusuri Sungai

Terengganu ke TTI

1030 – 12.00 Ke Taman Tamadun Islam (Masjid Kristal)

1.00 – 2.00 Makan Tengahari Solat Zohor

2.00 – 2.45 Perkampungan Keropok Losong

300 – 4.15 Membeli-belah diPasar Payang, Bazar

Warisan & Paya Keladi

4.30 – Ke Masjid Terapung _solat Asar

Penutup. Bersurai

1715 – 1830 Ke Dataran Syahbandar

Majlis Penutup

· Minum Petang


PAKEJ KETIGA (3 HARI 2 MALAM)

HARI PERTAMA

1100 - 1315 Pendaftaran Tamu

Majlis Pendaftaran

1330 - 1400 Makan Tengahari / Solat Zohor

1415 – 1630 Pengenalan Sekolah dan Hos

Ronda-ronda Sekolah

1630 – 1700 Solat Asar / Minum Petang

1715 – 1830 Melawat ke Syurga Tudung.

1845 – 1900 Makan Malam

2100 – 2300 Pengenalan Tokoh

HARI KEDUA

700 – 730 Senaman Qi Gong

730 – 830 Sarapan Pagi

830 – 930 Lawatan Ke Nor Alfa Batik

1000 – 1130 Membeli Belah Di Pasar Payang

1130 – 1200 Ke Taman Tamadun Islam (TTI) dengan

menaiki Bot Penambang/ Bas Bandar

Ronda-ronda TTI (Masjid Kristal)

Makan Tengahari / Solat Zohor

1430 – 1530 Melawat Muzium Negeri Terengganu

Singgah membeli keropok lekor.

1700 – 1800 Solat Asar / Minum Petang

2000 – 2300 Formal Dinner /Malam Kebudayaan

HARI KETIGA

700 – 730 Sarapan Pagi

730 – 800 Mengikuti Program Tasmi’ - Hafiz Al Quran

1015 – 1315 Sesi Bergambar

1330 – 1415 Solat Zohor /Makan Tengahari

1430 Majlis Penutup

KEISTIMEWAAN PAKEJ KAMI :

· HARGA BOLEH DIRUNDING…

MAKANAN DAN MINUMAN TRADISIONAL TGANU

CENDERAMATA TANDA KENANGAN

AKTIVITI MENYERONOKKAN

NIKMATI LOKASI KEINDAHAN DI NEGERI

TERENGGANU DARUL IMAN.




Untuk tempahan sila berhubung terus kepada :

CG.HERDAWATI MUDA / CIK AISHAH

KOPERASI KOSPINT BERHAD

SEK.MEN IMTIAZ K.TERENGGANU

SERADA, 20050 K.TERENGGANU

PHONE : 09-6195111

HP : 0199901724 (CG.HERDA)

HP :0139787614 (CG.AISHAH)


Sila KLIK DI SINI untuk melihat peta Negeri Terengganu.

Tempat Menarik sila KLIK DI SINI

Lokasi Menarik Pakej PKS

Saturday, February 5, 2011

Secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :

  • Ganjaran di dunia.
  • Ganjaran di akhirat.

Ganjaran di dunia

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.

  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat

  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.

Wednesday, February 2, 2011

Pihak Pengurusan Sekolah dan Asrama telah mengadakan Lawatan Berinformasi ke SMKA Tok Jiring untuk melawat asrama sekolah berkenaan pada 30 Januari 2011.

Ketibaan rombongan sekolah telah disambut oleh pihak pengurusan asrama sekolah berkenaan yang terdiri daripada penolong kanan HEM serta beberapa warden.

Pihak sekolah telah diberi penerangan mengenai kemajuan dan aktiviti asrama sekolah tersebut. Selepas dari itu pihak SM Imtiaz K.Trg telah di bawa melawat beberapa lokasi di asrama termasuk bilik gerakan, bilik penghuni, pejabat penyelia serta beberapa lokasi lain lagi.

Lihat Gambar Sila KLIK DI SINI

;;