Sekali lagi pelajar Imtiaz Kuala Terengganu telah menunjukkan kehebatan dalam pertandingan Kawad Kaki peringkat daerah Kuala Terengganu pagi tadi.
Menurut guru penasihat Bomba sekolah, Ustaz Zakaria bin Mohamad, pertandingan ini berjalan dengan lancar. Pertandingan ini disertai pelajar tingkatan 4 dalam 2 kategori iaitu lelaki dan perempuan.
Menurutnya lagi, dalam pertandingan itu Kadet Bomba lelaki mendapat tempat ketiga manakala kadet Bomba perempuan mendapat Naib Johan. Prestasi pada tahun ini menampakkan peningkatan yang baik berbanding tahun lepas.
Labels: kadet bomba, kawad kaki
Petang ini pihak sekolah telah mengundang seorang pengetua dari SM Imtiaz Besut Ustaz Wahab yang baru-baru telah dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.
Sebagai persiapan bagi meghadapi pencalonan SBT ini, pihak telah mengundang beliau agar semua guru, kakitangan serta pelajar dapat mendengar serta menghayati bagi menghadapi penghakiman ini.
Semoga SM Imtiaz Kuala Terengganu juga dapat mengikut jejak langkah yang diperolehi oleh SM Imtiaz Besut itu.
Labels: sekolah berprestasi tinggi
Satu lawatan daripada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah di adakan pada 12 Julai 2011.
Menurut Penolong Kanan Akademik, Ustazah Faidahnam binti Busu, tujuan lawatan tersebut adalah untuk membuat audit Perjawatan sekolah dan perkara -perkara berkaitan kursus guru dan kakitangan ( LADAP )
Mereka terdiri dari Hazlin Diana bt Alias, Penolong Setiausaha BPSM KPM, Abdul Rahman b Saad, Siti Azianshahida bt Che Aziz, Rosni bt Ramly dan Mohammad Firdaus Norrzuan.
Labels: audit perjawatan
Satu program ceramah Israk dan Mikraj telah di adakan di Dewan Assyatibi yang dihadiri oleh semua pelajar dan guru serta kakitangan.Program ini bermula jam 3 petang. Menurut Penolong Setiausaha Unit Surau, Dakwah & Kerohanian, Ustazah Marina binti A.Rahman, pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah iaitu Encik Munawwar bin Mohamad yang juga merupakan Guru Besar Sek. Ren. Seri Al-Amin, Gong Badak Kuala Terengganu.
Menurutnya lagi, tujuan di adakan program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri pelajar dan warga Imtiaz. Disamping itu juga bagi mengingati kembali peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W dari Masjidil Haram ke Baitulmuqaddis.
Tambahnya lagi, meningkatkan motivasi pelajar tentang perjalanan Mikraj Rasulullah S.A.W serta menghayati bulan-bulan Kebesaran Islam juga merupakan Objektif dalam program ini.