Mesyuarat MPIBG Imtiaz K.Trg kali ke 7 telah dirasmikan oleh YFP MPIBG Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Abu Bakar. Sebelum itu, Puan pengetua Uztazah Mardziah binti Che Abdullah selaku Setiuasaha MPIBG telah menyampaikan ucapan aluan-alauan dan disusuli Tuan Haji Ustaz Wan Azman yang mewakili Pengarah Yayasan Terengganu.
Sebelum mesyuarat agung bermula, wakil Pengarah Yayasan Terengganu telah menyampaikan beberapa hadiah kepada pelajar yang khatam quran, hadiah untuk pelajar cemerlang dalam I'dadi serta pelajar yang mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan PMR 2010 serta anugerah pelajar terbaik PMR.
Tuan Haji Mohd Zulkifli juga menyampaikan anugerah kepada guru yang berjaya melonjakkan matapelajaran masing-masing. Beliau juga menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada pelajar SPM 2010 dan juga pelajar terbaik dan pelajar mithali 2010.
Khairul Nazrin Pelajar Mithali 2010 ( video )
Penyampaian Hadiah Kecemerlangan ( gambar )
Klip Video Sempena MPIBG 2011
Suasana Mesyuarat Agung ( gambar )
Labels: mesyuarat agung, pelajar mithali
Sebelum Mesyuarat Agung MPIBG dimulakan, satu majlis Khatam Al Quran telah diadakan pagi tadi. Pelajar ini terdiri daripada mereka yang telah khatam pada tahun 2010 sehingga bulan Mei 2011.
Upacara ini telah dimulakan dengan bacaan surah lazim yang diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Ubu Zar serta beberapa guru yang lain.
Video Khatam Quran
Galeri Gambar
Labels: khatam quran
Seawal jam 8 pagi seramai empat orang jemaah Nazir telah datang ke SM Imtiaz Kuala Terengganu untuk Penilain Sekolah ( New Deals )
New deals ini juga akan dinilai bagaimana seorang pengetua itu memimpin dan membawa sekolah mengikut hala tuju yang telah ditetapkan bermula daripada Visi dan Misi yang telah di persetujui bersama oleh sesebuah sekolah tersebut.
Labels: imtiaz kuala terengganu, jemaah nazir, new deals